Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Bukan Setakat Pelupa, Sharifah Sakinah Kongsi Ciri-Ciri ADHD - “Duit Dalam Akaun Sentiasa Kosong, Brain Fog Sampai 12 Jam…”

Bukan Setakat Pelupa, Sharifah Sakinah Kongsi Ciri-Ciri ADHD - “Duit Dalam Akaun Sentiasa Kosong, Brain Fog Sampai 12 Jam…”

Sekilas

  • Sharifah Sakinah berkongsi pengalaman hidup dengan ADHD yang bukan sahaja menyebabkan hilang tumpuan tetapi juga memberi kesan lain seperti alergi, badan lebam, dan brain fog lama.
  • Dia mendedahkan diagnosis ADHD pada 2021 selepas menyedari ciri-ciri sejak 2019 dan mengambil langkah tidak memandu kerana mudah hilang fokus.
  • Sakinah tetap terbuka berkongsi cerita walaupun pernah dikritik netizen, dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang ADHD.
Advertisement

Pelakon, Sharifah Sakinah mencuri perhatian selepas berkongsi mengenai beberapa ciri-ciri yang dialaminya sebagai individu dengan Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD)

Menerusi perkongsian di Threads, Sakinah berkata, ADHD bukan hanya menyebabkan seseorang mudah hilang tumpuan, tetapi turut memberi kesan kepada beberapa perkara dalam kehidupan harian.

Advertisement

“Bukan itu sahaja. Kami cepat alergik, naik gegata kalau lama pakai kain yang salah. Kaki selalu lebam sebab masa jalan langgar semua benda. Badan sangat fleksibel.

“Duit dalam akaun sentiasa kosong. Brain fog sampai 12 jam. Passport, kad pengenalan dan telefon selalu hilang. Kepala otak sentiasa tercicir,” tulisnya.

Sakinah berkongsi perkara tersebut selepas memberi respons kepada seorang pengguna Threads yang membincangkan mengenai individu dengan ADHD yang mudah hilang tumpuan serta mempunyai rasa penolakan atau kritikan dengan intensiti lebih kuat.

Advertisement

Sebelum ini, Sakinah secara terbuka berkongsi mengenai ADHD yang dialaminya, termasuk masalah sukar memberikan tumpuan dan mudah hilang fokus.

Pada 2019, Sakinah mendedahkan menyedari dirinya mempunyai ciri-ciri ADHD sebelum mendapatkan pemeriksaan daripada pakar. Dia kemudiannya disahkan mengalami ADHD pada 2021.

Sakinah turut berkongsi bahawa keadaan tersebut memberi kesan kepada kehidupan hariannya sehingga mengambil keputusan untuk tidak lagi memandu kerana mudah hilang fokus dan cuai.

Dia juga pernah menerima kecaman daripada netizen yang mempersoalkan diagnosisnya, namun tetap terbuka berkongsi pengalaman bagi meningkatkan kesedaran mengenai ADHD.

Anda mungkin berminat dengan

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

Must Watch Video

Advertisement