berita
“Bukan Tak Pernah Tapi Dah Berhenti Lepas Kahwin” – Isteri HaHa Perjelas Dakwaan Lakukan Pembedahan Plastik
Isteri kepada anggota Running Man HaHa, Byul menjelaskan salah faham netizen terhadap perubahan fizikalnya yang didakwa masih melakukan pembedahan plastik.
Menurut Byul, perubahan fizikalnya berlaku selepas bersalin anak pertama dan kedua mereka.
“Setiap kali memuat naik foto di laman sosial, saya kerap disalah anggap melakukan pembedahan plastik.
“Mereka kerap meninggalkan komen seperti adakah kamu (Byul) melakukan pembedahan plastic dengan duit yang diperolehi suami kamu?
“Sebenarnya perubahan fizikal itu berlaku adalah disebabkan saya sering hamil dan melahirkan anak, berat badan saya juga turun naik disebabkan kehamilan, sebab itu nampak berlainan.
“Bukanlah saya tidak pernah melakukan pembedahan plastik sebaliknya saya sudah berhenti melakukannya selepas berkahwin,” katanya menerusi satu temubual bersama program KBS 2TV popular, Happy Together baru-baru ini.
Byul juga berharap dengan penjelasan tersebut tidak ada lagi berlakunya salah faham selepas ini.
Terdahulu, HaHa dan Byul telah berkahwin pada tahun 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Dream pada tahun 2013 dan So Wool pada tahun 2017.
Manakala anak ketiganya yang merupakan seorang puteri dilahirkan pada 17 Julai 2019.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video