Skip to main content

Berita

Bukti Peranan Radio Masih Relevan, Hampir Seribu Pengunjung Meriahkan Showcase KITA FM

Bukti Peranan Radio Masih Relevan, Hampir Seribu Pengunjung Meriahkan Showcase KITA FM

Sekilas

  • Showcase KITA FM di Menara Kuantan 188 berjaya menarik hampir seribu pengunjung dengan gabungan persembahan artis popular dan aktiviti interaktif.
  • Acara ini membuktikan radio masih relevan dalam mendekati komuniti dan mengukuhkan hubungan antara stesen radio, artis, dan pendengar.
  • Astro Audio merancang untuk terus menganjurkan lebih banyak program dan aktiviti yang mendekatkan jenama radio dengan masyarakat.
Advertisement

Showcase KITA FM yang berlangsung di Menara Kuantan 188, Pahang, baru-baru ini berjaya menarik kehadiran hampir seribu pengunjung, sekali gus membuktikan sokongan dan sambutan menggalakkan masyarakat terhadap inisiatif yang menghimpunkan hiburan, interaksi dan semangat kebersamaan.

Pengurus Jenama SINAR dan ZAYAN, Zureen Afendi, berkata sambutan yang diterima menunjukkan peranan radio masih relevan dalam mendekati komuniti dan mewujudkan hubungan yang lebih erat bersama pendengar.

Advertisement

"Kami amat berbesar hati melihat kehadiran hampir seribu pengunjung yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan Showcase KITA FM.

“Sambutan yang sangat positif ini membuktikan bahawa platform radio terus dekat di hati masyarakat dan kekal menjadi medium yang mampu menyatukan pendengar daripada pelbagai latar belakang.

"Showcase ini bukan sekadar menawarkan hiburan melalui persembahan artis-artis terkenal, malah menjadi ruang untuk pendengar berinteraksi secara langsung dengan penyampai radio kegemaran mereka. Kami percaya pengalaman seperti ini membantu mengukuhkan hubungan antara stesen radio, barisan artis dan pendengar dalam suasana yang lebih mesra serta bermakna.

Tambah Zureen, kejayaan acara tersebut menjadi pemangkin untuk Astro Audio terus menganjurkan lebih banyak aktiviti lapangan yang dapat mendekatkan jenama radio dengan masyarakat.

"Kami berharap dapat terus membawakan lebih banyak program dan aktiviti sebegini pada masa akan datang agar pendengar dapat menikmati pengalaman yang lebih dekat bersama penyampai dan artis kegemaran mereka. Sokongan yang diberikan oleh para pengunjung menjadi inspirasi buat kami untuk terus menawarkan kandungan dan pengalaman terbaik kepada komuniti pendengar.

Selain menikmati persembahan muzik secara langsung, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif bersama penyampai radio daripada ERA, ERA Sabah, ERA Sarawak, SINAR dan THR GEGAR. Pelbagai sesi santai, permainan dan
aktiviti menarik yang disediakan menjadikan acara tersebut lebih dekat dengan pendengar setia radio Astro Audio.

Acara tersebut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Nabila Razali, Siti Nordiana, Warga, Sofazr 2ND Plan, Ammar Haikal dan Fairuz Syazwan yang berjaya menghiburkan para pengunjung dengan persembahan bertenaga sepanjang showcase berlangsung.

Dengan gabungan persembahan artis, aktiviti interaktif dan peluang beramah mesrabersama personaliti radio, Showcase KITA FM di Menara Kuantan 188 pastinya meninggalkan pengalaman istimewa serta kenangan manis buat hampir seribu pengunjung yang hadir memeriahkan acara tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement