Skip to main content

Antarabangsa

Bu*uh, Sumbat Mayat Gadis Dalam Bagasi, Suspek Dakwa Dipaksa Bayar RM61 : “Tolong Pesan Anak Gadis Berhati-Hati”

ASTRO GEMPAK bunuhgadis

Sekilas

  • Suspek warga Australia, Simon Peter Carmon, mengaku jenayah membunuh gadis 17 tahun di Pattaya berlaku di luar kawalannya dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.
  • Rakaman CCTV menunjukkan Carmon memasuki kondominium bersama mangsa sebelum keluar bersendirian dengan beg pakaian yang kemudian ditemui berhampiran landasan keretapi.
  • Carmon berdepan pertuduhan membunuh, menyembunyikan mayat, dan membawa individu bawah umur untuk tujuan seksual, dengan hukuman mati menanti.
Advertisement

Suspek warga Australia yang ditahan selepas membunuh dan membuang mayat seorang gadis 17 tahun yang disumbat dalam bagasi di Thailand  memaklumkan jenayah tersebut tidak sepatutnya berlaku dan terjadi di luar kawalan.

Video rakaman pengakuan Simon Peter Carmon, 40-an yang ditahan di sebuah balai polis di Pattaya yang tular di media sosial menyaksikan, lelaki itu meminta maaf kepada keluarga mangsa.

Advertisement

Dalam rakaman tersebut, Carmon didengar berkata: “Saya rasa bersalah dengan apa yang berlaku  terhadap anak perempuan kami. Saya minta maaf walaupun saya tahu ia tidak layak.

“Ia di luar kawalan saya. Ia tidak sepatutnya terjadi.”

Lelaki yang ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada awal pagi 27 Jun lalu, berhubung pembunuhan di Pattaya, kira-kira 150 kilometer (km) di timur Bangkok itu sewaktu ingin berlepas pulang ke Australia itu juga meninggalkan pesanan kepada ibu bapa yang memiliki anak perempuan.

“Untuk Ibu bapa tolong pesan kepada anak gadis anda untuk lebih berhati-hati, ”katanya SBS News.

Sebelumnya, Carmon tidak mengaku telah melakukan pembunuhan terhadap gadis yang dikenali sebagai Donhomla. Namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Carman memasuki sebuah kondominium bersama mangsa sebelum keluar bersendirian beberapa jam kemudian sambil membawa sebuah beg pakaian. Beg pakaian tersebut kemudian ditemui di sebuah kawasan berdekatan landasan keretapi.

Namun selepas disoal siasat, Carmon menceritakan tidak pernah mengenali mangsa sebelum insiden berlaku. Dia pulang ke hotel bersama mangsa dengan persetujuan menerima bayaran sebanyak RM122 untuk meluangkan masa bersama. Bagaimanapun apabila masuk ke dalam bilik, remaja itu mendakwa dirinya sedang haid lalu meminta RM61 sebagai bayaran.

Mereka kemudian bergaduh dengan Carmon mendakwa dia hanya mempertahankan diri selepas diugut dengan pisau oleh mangsa.

Menurut polis, Carman berdepan pertuduhan membunuh, menyembunyikan mayat, memindahkan atau memusnahkan mayat dan membawa seorang individu bawah umur bagi tujuan seksual. Dia berdepan hukuman mati.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement