,
Berita

Cabaran Sertai GV 3, Azharina Korban Masa Bersama Anak

Kamaruddin Razal
05/12/2016
06:46 MYT
Juara GegarVaganza 3 (GV 3), Azharina mendedahkan antara cabaran yang dihadapi sepanjang menyertai GV 3 adalah berkorban masa bersama anaknya, Rahmat Azharin Azhar, 2.
"Antara cabaran yang saya tempuhi sepanjang perjalanan saya dalam GV 3 adalah saya harus mengorbankan masa bersama anak.
"Saya akui, GV 3 membuatkan jadual saya sangat sibuk dan saya memberikan anak saya untuk dijaga oleh kakak. Jika dahulu, saya berjumpa dengan anak saya setiap hari namun sepanjang GV 3, semuanya berubah.
"Kadangkala, saya tak sempat berjumpa dengan anak sendiri. Dalam seminggu, saya hanya berkesempatan untuk menghabiskan masa satu atau dua hari sahaja bersama Rahmat.
"Selepas ini, saya berhasrat mencuri masa untuk dihabiskan bersama anak saya. Saya bakal membawanya bercuti tetapi semuanya masih belum dibincangkan lagi," kata Azharina kepada Astro Gempak.
Bersyukur GV 3 mengembalikan namanya untuk dikenali peminat, Azharina mendedahkan jadualnya telah penuh sehingga Mac tahun hadapan.
"Saya fikirkan selepas tamatnya GV 3, saya mahu mengambil masa rehat dua atau tiga bulan. Namun begitu, setelah menyemak semula, jadual kerjaya seni saya sebagai seorang penyanyi sudah penuh sehingga Mac tahun hadapan.
"Tawaran-tawaran tersebut datang ketika saya masih bersaing dalam GV 3 lagi. Saya sangat terharu atas sambutan yang diberikan dan berharap agar mendapat maklumbalas positif semua pihak," katanya ketika ditemui usai konsert minggu akhir GV 3.
Konsert minggu akhir menyaksikan Azharina dinobatkan sebagai juara. Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Seperti kebiasaan, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim berada di kerusi juri tetap manakala Datuk Jamal Abdillah dan Hetty Koes Endang menyertai mereka berdua sebagai juri jemputan.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azharina Didiagnosis Hidap Kanser, Bakal Dibedah - “Kalau Sakit Tentulah Saya Akan…”

gempak
26/06/2024
08:55 MYT
Penyanyi Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.
Hiburan

"Badan Tak Boleh Tahan, Ada Masa Berdarah Tanpa Henti..." - Azharina Gagal Tahan Sebak, Dedah Hidap Penyakit Kencing Manis

gempak
08/06/2024
09:12 MYT
Penyanyi Azharina gagal menahan sebak ketika mendedahkan dirinya didiagnosis menghidap penyakit kencing manis.
Hiburan

Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”

gempak
29/05/2024
01:54 MYT
Sebagai seorang selebriti, penyanyi dan bintang All Stars GegarVaganza, Azharina Azhar juga tidak terlepas dengan komen negatif sepanjang berkecimpung dalam industri seni.
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: Netizen Samakan Baju Azharina Macam Bola Tenis, Sotong: “Siapa Yang Reka Baju Ni…”

gempak
10/12/2023
14:51 MYT
Siapa yang design ya?
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Azharina Bakal Nyanyikan Lagu Kegemaran Ibu - “Saya Sebak Sebab Dia Datang Jauh, Dari Sabah…”

gempak
10/12/2023
03:55 MYT
All the best Azharina!
Unitar