Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Cari Lelaki Yang Sayang Kereta Sendiri? Namron Beri ‘Petua’ Pilih Pasangan Buat Wanita - “Bila Dia Ada Duit Banyak..."

Cari Lelaki Yang Sayang Kereta Sendiri? Namron Beri ‘Petua’ Pilih Pasangan Buat Wanita - “Bila Dia Ada Duit Banyak..."

Sekilas

  • Namron menasihati wanita supaya pilih lelaki yang menghargai dan menjaga barang miliknya, contohnya kereta.
  • Lelaki yang sayang barang biasanya akan baiki dan jaga dengan baik, bukan mudah bosan atau cepat tukar barang baru.
  • Walaupun lelaki kaya mungkin tambah koleksi kereta, mereka tetap simpan kereta lama yang disayangi.
Advertisement

Pelakon, Namron berkongsi pesanan buat golongan wanita yang sedang mencari pasangan hidup.

Menerusi perkongsian di Threads, Namron menasihati wanita supaya melihat bagaimana seseorang lelaki menghargai dan menjaga barang miliknya. 

Advertisement

Menurutnya, perkara kecil seperti cara seorang lelaki menjaga kereta juga boleh memberi gambaran tentang sikap dan sifatnya.

“Nasihat saya kepada wanita yang ingin mencari pasangan hidup. Pilihlah lelaki yang sayang barang miliknya.

“Contoh kereta; dia beli kereta, dia guna kereta itu saja. Dia jaga elok-elok, kalau rosak dia hantar bengkel, baiki. Dia tak pernah nak tukar kereta lain. Ini lelaki yang harus dicari,” tulisnya.

Advertisement

Pelakon filem Polong itu turut berkata lelaki yang menghargai barang yang dimiliki biasanya akan cuba menjaga dan memperbaiki sesuatu apabila berlaku kerosakan dan bukannya terus mencari pengganti.

Dia turut berpesan agar wanita tidak memilih lelaki yang mudah bosan dan sering mahu menukar barang yang masih boleh digunakan.

“Jangan cari lelaki yang baru pakai kereta tiga, empat tahun, belum habis bayar dah nak tukar kereta. Rosak sikit saja dah nak trade-in, nak angkat kereta baru,” ujarnya.

Bagaimanapun, Namron turut berseloroh bahawa lelaki yang mempunyai wang yang banyak mungkin menambah koleksi kereta, namun masih menyimpan kereta lama yang disayanginya.

“Tapi kena ingat juga lelaki yang sayang first car dia, bila dia ada duit banyak mungkin akan tambah kereta. Kereta lama tetap dia simpan,” kongsinya.

Pesanan tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata netizen terhibur dengan  contoh mudah yang diberikan Namron untuk menggambarkan kehidupan seharian.



 

Anda mungkin berminat dengan

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

Must Watch Video

Advertisement