Skip to main content

Berita

Cekik Rakan Sekerja Kerana Lambat Buat Kerja, Wanita Didenda RM500

Cekik Rakan Sekerja Kerana Lambat Buat Kerja, Wanita Didenda RM500

Sekilas

  • Seorang bekas pekerja kilang, Siti Fadzhlina Bazheer Ahamed, didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau kerana mencekik rakan sekerjanya hingga cedera.
  • Kesalahan itu berlaku di kilang Abbott Medical Device Sdn Bhd, Bayan Lepas pada 26 Julai lalu, dan tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
  • Mahkamah memerintahkan penjara 14 hari jika denda tidak dibayar, dan tertuduh juga telah diberhentikan kerja susulan kejadian tersebut.
Advertisement

Seorang bekas pekerja kilang didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap rakan sekerjanya dengan cara mencekik leher mangsa, bulan lalu.

Majistret Chia Huey Ting menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Siti Fadzhlina Bazheer Ahamed, 42, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Advertisement

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 14 hari jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Siti Fadzhlina didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Anis Fari Syuhaili Johari, 30, dengan cara mencekik bahagian leher mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pukul 12.30 tengah hari pada 26 Julai lalu di dalam kilang Abbott Medical Device Sdn Bhd, Bayan Lepas di sini.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Yiew De Xian yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman denda minimum.

“Anak guam saya masih bujang dan menyara ibunya. Justeru saya memohon mahkamah mengenakan denda minimum,” katanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Huey Ting bertanya kepada tertuduh sama ada dia menyedari perbuatannya mencekik orang lain boleh menyebabkan kematian.

“Kamu cekik dia kerana dia lambat membuat kerja. Kamu tahu dia boleh mati? Kamu boleh membunuh dia? Ini boleh jadi kes bunuh.

“Kalau benar dia lambat, kamu sepatutnya maklumkan kepada penyelia mengenai kelewatan itu, bukannya melakukan tindakan sebegini ke atas mangsa,” katanya.

Siti Fadzhlina kemudian memohon maaf dan mengakui menyesal atas perbuatannya selain memaklumkan dia telah diberhentikan kerja susulan kejadian itu.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku apabila tertuduh melihat mangsa menggunakan telefon bimbit ketika bekerja sehingga menyebabkan tugasannya dilakukan dengan lebih perlahan.

Tertuduh kemudian menghampiri mangsa sebelum mencekik bahagian lehernya. Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis sebelum pihak polis menahan tertuduh.

Sumber: MalaysiaGazette

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement