Skip to main content

Selebriti

Chacha Maembong Terkilan Individu OKU Dilayan Buruk Pemandu E-Hailing, Dedah Abang Terima Nasib Sama - "Ia Sangat Menyedihkan..."

Chacha Maembong Terkilan Individu OKU Dilayan Buruk Pemandu E-Hailing, Dedah Abang Terima Nasib Sama - "Ia Sangat Menyedihkan..."

Sekilas

  • Chacha Maembong meluahkan kesedihan selepas melihat video tular yang menunjukkan seorang individu OKU didakwa didiskriminasi oleh pemandu e-hailing.
  • Chacha berkongsi pengalaman abangnya yang juga OKU pernah berdepan layanan sama sehingga menyebabkan dia terjatuh.
  • Chacha menyeru agar golongan OKU dilayan dengan hormat dan empati serta menggesa pihak Grab mengambil tindakan.
Advertisement

Pelakon, Chacha Maembong meluahkan rasa sedih selepas melihat video tular yang memaparkan seorang individu orang kurang upaya (OKU) didakwa berdepan diskriminasi daripada pemandu e-hailing.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, pemandu e-hailing berkenaan didakwa enggan membenarkan individu OKU itu menaiki kenderaannya sebelum beredar dari lokasi tersebut.

Advertisement

Perkongsian itu menarik perhatian Chacha yang meluahkan rasa terkilan terhadap layanan diterima individu berkenaan. 

Malah, dia turut mendedahkan abangnya yang juga OKU pernah berdepan pengalaman sama beberapa kali termasuk insiden sehingga menyebabkan abangnya terjatuh.

“Ini sangat menyedihkan. Abang saya juga merupakan orang kurang upaya (OKU), dan perkara seperti ini sudah banyak kali berlaku kepadanya, malah sehingga menyebabkan dia terjatuh,” tulisnya.

Advertisement

Menurut Chacha, golongan OKU juga mempunyai perasaan dan perlu dilayan dengan penuh hormat serta empati seperti individu lain.

“Golongan OKU juga mempunyai perasaan. Sedikit rasa empati mampu membawa perubahan yang besar.

“Kita semua perlu melakukan yang lebih baik, dan pihak Grab perlu mengambil tindakan,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement