Bintang The Chosen One Xtra 2025, Iaman dan kumpulan Saputra berjaya merangkul gelaran juara selepas tampil dengan persembahan yang cukup memukau.
Persembahan bertenaga mereka menyampaikan lagu Ayuh, Evo, Joget Angan Tak Sudah dan Ya La Dan nyanyian asal Datuk Sharifah Aini ternyata berjaya mencuri hati juri.
Advertisement
Hasil kemenangan tersebut, mereka berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM40,000 serta sebuah trofi.
Dalam pada itu, laman dan Saputra turut merangkul anugerah persembahan terbaik dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Naqiu pula selaku coach berjaya merangkul trofi ‘Coach Terbaik’ serta wang tunai sebanyak RM10,000 .
Naib juara pula berjaya menjadi milik Rayyan dan Dahlya yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 30,000 dan trofi sumbang Astro.
Manakala tempat ketiga berjaya dimiliki oleh Alif dan Yusof dan layak menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000 serta trofi sumbangan Astro.
Sementara itu, Iman dan Adawiya pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000 dan trofi sumbangan Astro.
Kesemua peserta diadili oleh Datuk Ramli MS, Datuk M. Nasir, Datuk Awie dan Sharifah Shahirah
The Chosen One Xtra yang dihoskan oleh Nabil Ahmad bersiaran secara langsung dari Visual Tree Studio, Selangor.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ceria (saluran 611) serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.