Skip to main content

Filem

Christopher Nolan Akui Takut Hasilkan Filem Romcom - "Nak Buat Orang Gelak Adalah Perkara Paling Sukar”

Christopher Nolan Akui Takut Hasilkan Filem Romcom - "Nak Buat Orang Gelak Adalah Perkara Paling Sukar”

Sekilas

  • Pengarah terkenal Christopher Nolan mengakui filem romantik komedi (romcom) adalah antara genre paling mencabar untuk dihasilkan kerana sukar membuat penonton ketawa.
  • Filem Mojoku Hilang menggabungkan elemen percintaan, komedi dan konflik masyarakat dengan jalan cerita unik tentang Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula seekor lembu.
  • Mojoku Hilang yang dibintangi Adipati Dolken dan Mimi Lana akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai, terbitan Double Vision bersama Astro Shaw dan rakan kongsi lain.
Advertisement

Pengarah terkenal, Christopher Nolan mengakui bahawa filem bergenre romantik komedi (romcom) merupakan antara genre paling mencabar dan sukar untuk dihasilkan.

Nolan yang sinonim dengan karya berunsurkan aksi dan thriller berkata, menghasilkan sesuatu yang mampu membuatkan penonton ketawa bukanlah perkara mudah.

Advertisement

"Saya rasa menghasilkan filem romantik komedi (romcom) adalah sangat sukar. Saya suka menonton filem dengan genre tersebut.

"Saya rasa pembikin filem komedi melakukan antara perkara yang paling mencabar. Membuatkan orang ketawa adalah perkara paling sukar di dunia untuk dilakukan," katanya.

Malah, Nolan berkata dia sendiri akan berasa takut sekiranya diberi peluang untuk menghasilkan sebuah filem romcom.

Advertisement

Pandangan itu turut menarik perhatian apabila filem Mojoku Hilang tampil membawa gabungan elemen percintaan, komedi dan konflik masyarakat menerusi pendekatan yang tersendiri.

Filem arahan Min Lim itu mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Mojoku Hilang dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.

Terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, Mojoku Hilang bakal menemui penonton di pawagam mulai 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must Watch Video

Advertisement