Skip to main content

Antarabangsa

Cinta Ditolak 10 Wanita Dorong Lelaki Turun Berat Badan 40 Kilogram

Gambar menunjukkan perubahan berat badan Hoang Long.

Sekilas

  • Le Hoang Long, 31 tahun, berjaya turunkan berat badan sebanyak 40 kilogram selepas sering ditolak cinta kerana fizikalnya yang gempal.
  • Beratnya turun dari 105 kilogram ke 65 kilogram dalam masa enam bulan melalui diet defisit kalori dan senaman harian di gimnasium.
  • Perubahan ini bukan sahaja tingkatkan keyakinan diri, malah bantu atasi masalah kesihatan kronik yang dialaminya.
Advertisement

Setelah cinta ditolak oleh 10 wanita berlainan kerana fizikal yang terlalu gempal, seorang lelaki dikenali sebagai Le Hoang Long, 31, nekad menurunkan berat badannya, lapor agensi berita VnExpress.

Bentuk badan Lee berubah drastik selepas menurunkan berat badannya sebanyak 40 kilogram.

Advertisement

Beratnya yang sebelum ini 105 kilogram kini cuma 65 kilogram.

Hoang Long berkata, berat badannya meningkat beransur-ansur kerana gaya hidup tidak aktif dan tabiat pemakanan sehingga mencecah 105 kilogram pada awal 2022.

Keadaan itu bukan saja menjejaskan keyakinan dirinya, malah turut mengundang pelbagai masalah kesihatan kronik.

“Setiap kali saya meluahkan perasaan, saya ditolak. Ada wanita yang menjauhkan diri dan ada yang berterus-terang meminta saya menurunkan berat badan sebelum berhasrat untuk janji temu,” katanya.

Dia mengamalkan diet defisit kalori secara sihat tanpa mengetepikan hidangan utama harian di samping bersenam setiap hari di gimnasium.

Disiplin ketat membuahkan hasil luar biasa apabila Hoang Long mencapai berat ideal 65 kilogram dalam masa hanya enam bulan.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement