Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam berkongsi pandangannya mengenai erti sebenar cinta sejati menerusi sebuah hantaran di laman Instagram Story miliknya.
Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar berkata, kasih sayang tidak semestinya dizahirkan dengan kata-kata manis semata-mata, sebaliknya boleh dibuktikan melalui perbuatan fizikal dalam kehidupan seharian.
Advertisement
“Tau tak kenapa kita tak boleh cakap dengan kucing? Sebab Allah nak tunjuk kat kita, cinta tu tak perlu kata-kata. Cuma perbuatan fizikal, perbuatan kita menunjukkan sayang atau tidak,” katanya.
Dalam masa sama, Jofliam menjelaskan kucing peliharaannya, Cloudy, hanya dijadikan contoh untuk menggambarkan mesej tersebut, lebih-lebih lagi apabila isterinya tiba-tiba muncul mengusik dirinya.
“Abang cakap pasal sayang, Cloudy tu hanyalah tool sahaja,” tambahnya.
Terdahulu, Jofliam dan isterinya, Dewi, selamat diijabkabulkan pada awal April lalu.
Sekadar rekod, Jofliam pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh terkenal, Cik Epal pada 1 Jun 2014.
Namun, pasangan itu telah berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun Bersama.