Sekilas
- Shila Amzah mendedahkan pernah dinasihatkan supaya tidak berkawan dengan individu dari latar belakang broken home.
- Dia berbangga mempunyai rakan-rakan yang membesar dalam keluarga broken home dan anak yatim, serta menegaskan semua orang berhak mendapat kasih sayang tanpa penilaian.
- Shila bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan baik yang sentiasa menyokongnya dalam susah dan senang.
Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan bahawa dirinya pernah menerima nasihat agar tidak berkawan dengan individu daripada latar belakang tertentu.
Menerusi perkongsian di Threads, Shila bagaimanapun menegaskan bahawa dia berbangga mempunyai rakan-rakan yang membesar dalam keluarga broken home serta anak yatim.
“Ada orang cakap jangan bergaul dengan orang yang berasal dari broken home, circle saya memang sama ada broken home atau anak yatim.," tulisnya
Shila turut berkata bahawa setiap individu berhak menerima kasih sayang tanpa dinilai berdasarkan kekurangan atau sejarah silam mereka.
"Kita semua berhak dapatkan rasa sayang antara satu sama lain. Semua itu terjadi bukan dari kemahuan atau pilihan kami. Memang benar trauma silam itu bukan untuk yang lemah," ujarnya.
Pelantun lagu Patah seribu itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi rakan-rakan yang baik serta sentiasa berada di sisinya ketika susah dan senang.
"Namun, saya bersyukur saya temui rakan-rakan yang baik. Terima kasih kerana selalu ada," tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Shila sambil mendoakan kebahagiaannya.
*insert SS