Pelakon, Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sekeping foto mesra bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, di Instagram peribadinya.
Menerusi gambar tersebut, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, kelihatan tersenyum manis saat Fatima menghadiahkannya ciuman di pipi.
Advertisement
“💙," tulis Fattah ringkas di kapsyen.
Perkongsian itu segera dibanjiri komen daripada netizen yang bukan sahaja teruja melihat keakraban bapa-anak itu, malah sama-sama menantikan detik bersejarah perkahwinan Fattah dengan penyanyi, Amira Othman yang bakal berlangsung hari ini.
Antara komen netizen:
“Ibu bapa saya pun teruja nak tunggu majlis ijab kabul Fattah. Semoga dipermudahkan segalanya.
“Tak sabar nak tengok Fatima jadi flower girl.
“Tahniah Fattah dan Amira, semoga berbahagia hingga ke syurga. Peluk cium untuk Fatima.
“Alhamdulillah, tahniah. Memang dah lama kami nantikan tarikh ini," komen netizen.
Terdahulu, pasangan ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025, bertepatan dengan hari lahir Fattah sendiri.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia lima tahun.