Skip to main content

Fesyen

Comelnya! Warna Matcha Strawberry Pun Dominasi Trend Raya 2026, Jom Cuba Melaram Dengan 5 Jenama Lokal Ini 

WhatsApp Image 2026 03 04 at 3.26.15 PM

Sekilas

  • Warna matcha strawberry dijangka jadi pilihan utama untuk baju raya tahun 2026, terutama dalam kalangan Gen Z.
  • Gabungan warna lembut ini semakin popular dalam dunia fesyen dan mula diketengahkan oleh jenama tempatan.
  • Lima jenama menarik seperti Wanzar, Qiszar, Tiqa Co, Asikin Ahmad, dan Harmika Studio menawarkan rekaan moden dan elegan dengan sentuhan tradisional.

Bila bercakap mengenai sambutan Hari Raya, pasti ramai khususnya golongan wanita tidak sabar memikirkan warna baju raya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita sering melihat warna seperti rich brown, brick orange, maroon dan banyak lagi.

Namun, Gempak menjangkakan tahun 2026 bakal menyaksikan warna matcha strawberry menjadi pilihan ramai, khususnya generasi kini iaitu Gen Z. 

Gabungan dua warna lembut ini semakin menonjol dalam dunia fesyen dan mula ditampilkan oleh jenama tempatan.

Berikut lima jenama menarik yang yang dijangka jadi kegemaran ramai tahun 2026:

1) Wanzar (RM349)

Kurung Kedah moden ini menampilkan rekaan minimal tetapi tetap anggun. Perincian halus menambah sentuhan mewah yang elegan, sesuai untuk gaya klasik kontemporari.

2) Qiszar (RM389)

Dihasilkan daripada printed organza dan chiffon premium, outer top dihiasi lace dan manik yang menambah kilauan halus serta dipadankan dengan leher V bersulam dan drape lembut.

3) Tiqa Co (Top - RM185, Pareo - RM89)

Kebaya floral ringan seperti kelopak bunga yang bergerak lembut. Sulaman di garis leher dan hadapan menambah keunikan, manakala gabungan warna blush pink, petal lilac, dan muted green memberi aura romantis. Manakala, Pareo satin Sage Green melengkapkan rekaan tersebut.

4) Asikin Ahmad (RM319)

Busana tradisional Melayu dengan sentuhan moden dalam rona hijau lembut. Hiasan sulaman dan corak bunga berwarna-warni dipadankan dengan kain floral, menyerlahkan sisi feminin dan klasik.

5) Harmika Studio (RM529)


Kebaya klasik moden berwarna pink lembut dengan corak kotak halus. Sulaman bunga di bahagian hadapan dan hujung lengan menambah sentuhan feminin. 

6) RonaJingga (RM109.90)


Busana ini menampilkan baju kurung longgar berwarna hijau dengan corak bunga yang ceria dan menyerlah. Potongannya ringkas tetapi tetap kelihatan elegan. Ia dipadankan dengan kain songket merah jambu bercorak halus yang menambahkan sentuhan klasik pada keseluruhan penampilan.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement