,
Berita

Corat-Coret GV5: Kasut Tumit Terlalu Tinggi Jihan Naik Tangga Macam Penguin, Comelnya!

Mya Amri
02/10/2018
04:58 MYT
Konsert minggu pertama GegarVaganza 5 (GV5) menyaksikan Amelina menduduki tangga teratas dengan jumlah markah 73.8%.
Bertemakan ‘Oh Dia Ke?’, Amelina telah menyampaikan tiga buah lagu iaitu Asyik, Memori Daun Pisang dan Rindu secara medley. Selain kehebatan persembahan 12 bintang, para penonton di rumah pasti ingin tahu apa yang berlaku di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Di sini Gempak kongsikan corat - coret semasa siaran langsung GV5 yang tidak dapat ditonton oleh penonton di rumah:
1.Rasa macam tengok perlawanan akhir bola sepak pula, meriah sungguh! Konsert belum mula tetapi peminat dah mula bersorak nama-nama bintang GV5 dengan penuh semangat.
2.Penggunaan drone yang membawa nama-nama juara terdahulu oleh pihak produksi ternyata membuat penonton kagum. Cayalah team produksi! Tak pernah mengecewakan.
3.Bekas bintang GV, Liza Hanim dan Siti Sarah membuka tirai konsert dengan menyanyikan lagu-lagu popular bintang-bintang GV5. Apa yang menarik perhatian, Liza Hanim kerap menggosok ‘baby bump’ sambal tersenyum ketika giliran Siti Sarah menyanyi. 4.Busana yang digayakan oleh Maya agak ketat sehingga menyebabkan penyanyi itu agak sukar untuk berjalan.
5.Lain pula dengan Jihan, hos GV5 itu hampir tersungkur ketika menaiki tangga kerana busana yang dipakainya agak labuh ditambah pula dengan kasut tinggi yang dipakai oleh Jihan. Mujurlah ada Nabil sebagai penyelamat.
6.Bagaimanapun aksi Jihan berpaut pada lengan Nabil ketika hampir tersungkur itu agak lucu membuatkan penonton yang duduk dibarisan hadapan ketawa. Boleh bayang tak muka Jihan macam mana? Heheh. 7.Paling comel apabila Jihan nak naik tangga pentas, terkedek-kedek macam penguin. Cute sangat. Hehehe.
8.Difahamkan Dia Fadila terlalu gemuruh sehingga tangannya menggigil sebelum persembahan bermula.
GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 30 September, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan “on demand” untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Layari www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Jihan Muse Teruja Bakal Kendali ‘The Chosen One’ Musim 2 Bersama Haziq Hussni - “Tahun Lepas Saya Sebagai…”

gempak
04/09/2024
04:55 MYT
Program nyanyian kanak-kanak, ‘The Chosen One’ musim kedua, tampil dengan gandingan baharu dua pengacara iaitu Jihan Muse dan Haziq Hussni yang diumumkan pada petang, Selasa
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Ini Resipi Asam Laksa Paling Simple! Sherry Nak Belajar Masak, Tapi Dah Keliru Daun Kesum & Daun Limau

gempak
11/03/2024
07:25 MYT
Alamak, Sherry keliru pula daun kesum dengan daun limau.
Gegar Vaganza All Star

Jihan Muse Mohon Maaf Pada Azmi Saat!

gempak
18/10/2023
05:50 MYT
Jangan ulang!
Laman Utama

“Ramai Orang Tak Gemar Kecacatan Dibuat Main” - Azmi Saat Tak Kecil Hati Dengan Jihan Muse

gempak
18/10/2023
02:55 MYT
Azmi okay je dengan Jihan & Nabil.