Skip to main content
Advertisement

Rancangan Realiti

Dabra Juara Borneo Rising, Bawa Pulang Tunai RM30,000

Dabra Juara Borneo Rising, Bawa Pulang Tunai RM30,000

Sekilas

  • Dabra Sia Yong Ying dinobatkan juara edisi pertama Borneo Rising dengan persembahan lagu Abracadabra dan Ku Bersuara.
  • Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, trofi, single dan muzik video, serta kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM100,000.
  • Program selama lapan minggu ini diadili oleh Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah, dan disiarkan secara langsung setiap Ahad di Astro Ria dan TV Okey.
Advertisement

Bintang Borneo Rising, Dabra dinobatkan sebagai juara edisi pertama program berkenaan.

Dabra atau nama penuhnya Dabra Sia Yong Ying menyampaikan lagu Abracadabra nyanyian Lady Gaga. 

Advertisement

Bagi persembahan kedua, anak kelahiran Likas, Sabah itu menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri secara duet bersama Mya K.O.I.

Sebagai juara, Dabra membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi, sebuah single berserta muzik video terbitan Rocketfuel tajaan CelcomDigi serta kontrak pembangunan dan pemasaran artis bernilai sehingga RM100,000 tajaan Rocketfuel.

Bukan itu sahaja, Dabra turut memenangi Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi dan membawa pulang hadiah sebanyak RM5,000.

Advertisement

Tempat kedua menjadi milik Petrova yang menerima wang tunai RM20,000 dan trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi.

Joy pula menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi.

Sementara itu, Harris berada di tempat keempat. Dia menerima wang tunai RM5,000 dan trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi.

Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap, iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Pemarkahan ditentukan berdasarkan 80 peratus penilaian juri profesional, manakala baki 20 peratus berdasarkan undian penonton.

Program yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad itu berlangsung selama lapan minggu, bermula 6 September hingga 25 Oktober 2026.

Borneo Rising bersiaran secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad pada pukul 9 malam.

Program ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146). Penonton juga boleh menontonnya secara On Demand menerusi Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement