Berita
"Dah Lagu Pasal Geram, Takkan Nak Senyum" - Azza Jawab Ekspresi 'Serius' Konsert Pertama GV5
Anggota kumpulan Elite, Azza, menjelaskan ekspresi wajahnya ketika konsert pertama Gegar Vaganza 5 (GV5) malam tadi kerana penghayatan mendalam.
Kata Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, ekspresi wajahnya selari dengan lagu yang disampaikan kumpulan itu, Tamparan Wanita.
"Kami enjoy ketika membuat persembahan kali ini, siapa kenal Elite, itulah cara kami membuat persembahan.
"Wajah kami serius sebab menyanyi in character.
"Tok Ram (Datuk Ramli MS) menyuruh kami menjadi penyanyi yang intelektual.
"Apabila sebut pasal intelektual, seseorang penyanyi itu perlu faham isi lagu itu. Takkan nak senyum pula.
"Takkan lagu pasal geram dan kena pukul (Tamparan Wanita) nak kena senyum gelak-gelak. Kenalah serius!
"Berdirinya seorang wanita sebab mahu mempertahankan diri supaya lelaki tak boleh apa-apakan dia lagi. Itu lagu tentang suara wanita!" terangnya.
Elite yang diwakili Azza, Sasha dan Linda Rafar menggegarkan pentas konsert pertama GV5 dengan lagu hits Tamparan Wanita.
Bagaimanapun, Elite gagal meraih kutipan mata yang memberangsangkan dan berada di kedudukan terbawah antara 12 peserta yang bertanding.
Selain Elite, GV5 turut dibarisi 11 peserta lain seperti kumpulan Forteen, pasangan duo Billy Zulkarnain, Amelina, Zamani, Safura Yaakob, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla dan Shafie Rio
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.
Must-Watch Video