Skip to main content

Selebriti

Dah Sampai ‘Limit’, Shima Anuar Umum Bakal Tutup Perniagaan Kek Buat Sementara Waktu - “Dengan Viral Benda B*doh Lepastu…”

Dah Sampai ‘Limit’, Shima Anuar  Umum Bakal Tutup Perniagaan Kek Buat Sementara Waktu - “Dengan Viral Benda B*doh Lepastu…”

Sekilas

  • Pelakon Shima Anuar umum hentikan sementara perniagaan kek selepas menerima ugutan daripada pelanggan yang tidak puas hati kerana slot tempahan penuh.
  • Shima kongsi perbualan dengan pelanggan yang mengugut untuk menularkan perniagaannya, menyebabkan dia rasa tertekan dan penat.
  • Dia jelaskan bahawa perniagaan kek dibuat untuk keseronokan dan tidak mampu memenuhi tempahan dalam jumlah banyak setiap hari.
Advertisement

Seperti jatuh ditimpa tangga, selepas terpalit dengan isu rumah tangga abangnya, Najib Anuar, pelakon Shima Anuar kini berdepan pula dengan pelanggan yang didakwa mengugut untuk menularkan perniagaannya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shima yang sudah tidak tahan dengan situasi tersebut mengumumkan akan menghentikan perniagaan keknya buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada dirinya untuk berehat.

Advertisement

“Saya rasa saya dah capai limit saya dan saya penat. Jadi, saya akan berhenti ‘baking’ buat sementara waktu. Bila saya dah bersedia nanti saya akan buat balik. Saya tak bolehlah macam ini. Korang tak pernah tengok saya macam ini kan,” ujarnya.

Dalam hantaran lain, Shima turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama seorang pelanggan yang didakwa mengugutnya selepas tidak mendapat slot tempahan kek.

Menurut Shima, dia berharap orang ramai tidak memberi tekanan sedemikian kerana dia membuat kek sekadar untuk berseronok dan tidak mampu memenuhi tempahan dalam jumlah yang banyak pada waktu yang sama.

“Ana hantar saya teks ini. Awak boleh bayangkan tak pressure dia macam mana? Dengan viral benda bodoh lepas tu ugut nak viral lagi sebab slot kek dah penuh.

“Korang janganlah layan saya macam ini. Saya bukan kilang kek. Saya buat untuk seronok sahaja. Kalau macam ini dah tak seronok.

“Saya sentiasa akan cuba penuhi permintaan setiap order. Saya tak mampu buat kek banyak hari-hari. Sekali-sekala bolehlah. Kalau hari-hari, boleh masuk hospital saya macam ini,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

PerySmith Mini Rice Cooker Easycooking Series Q10

PerySmith Mini Rice Cooker Easycooking Series Q10

LAOGUANJIA Pipe Cleaner for Sink Basin Drain Pipe at Toilet Kitchen Penghapus Sumbat Tersumbat管道疏通剂

LAOGUANJIA Pipe Cleaner for Sink Basin Drain Pipe at Toilet Kitchen Penghapus Sumbat Tersumbat管道疏通剂

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

Must Watch Video

Advertisement