Skip to main content

Selebriti

Dah Sebati Jadi Orang Malaysia, Atikah Suhaime Sampai Terlupa ‘Renew’ Visa - “Akulah Terpaling Makan Budu Dalam Kari…”

Dah Sebati Jadi Orang Malaysia, Atikah Suhaime Sampai Terlupa ‘Renew’ Visa - “Akulah Terpaling Makan Budu Dalam Kari…”

Sekilas

  • Atikah Suhaime terlupa memperbaharui visa sebelum berangkat ke Jakarta bersama keluarganya, menyebabkan dia perlu memperbaharui visa tersebut semula.
  • Dia berkongsi rasa sedih kerana walaupun sudah sebati dengan budaya Malaysia, dia bukan warganegara dan perlu beratur di imigresen seperti pelancong lain.
  • Atikah berasal dari Singapura dan sudah berkahwin dengan usahawan Datuk Lokman Teh sejak Januari 2021, serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Mac 2025.
Advertisement

Pelakon, Atikah Suhaime berkongsi pengalaman mencuit hati apabila terlupa memperbaharui visa ketika mahu berangkat ke Jakarta bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di Threads, Atikah berkata dia baru menyedari visanya sudah tamat tempoh kerana terbiasa dengan cara hidup orang Malaysia.

Advertisement

“Semalam punyalah yakin nak pergi Jakarta dengan Mulan. Teruja nak jumpa adik ipar saya siap berlari-lari kat airport. Tau-tau sahaja spouse visa dah tamat tarikh luput. Setahun punyalah laju.

“Jadi, sekarang kena renew balik. Saya cuma nak cakap, saya dah sebati jadi orang Malaysia sampai lupa nak renew visa,” tulisnya.

Bagaimanapun, menurut Atikah, situasi itu membuatkan dia terasa sedikit sedih kerana dia bukanlah warganegara Malaysia.

“Kadang-kadang agak sakit rasanya. Akulah terpaling Melayu, terpaling makan budu dalam kari, akhir sekali perasan yang aku bukan orang Malaysia. Kena beratur lama juga dekat tempat imigresen macam pelancong-pelancong lain,” kongsinya.

Sekadar info, Atikah yang berasal dari Singapura mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2021 dalam sebuah majlis tertutup.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung perempuan yang dilahirkan pada 8 Mac 2025.

Anda mungkin berminat dengan

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Nike Heritage Small Hip Pack - Black [DB0488-010]

Nike Heritage Small Hip Pack - Black [DB0488-010]

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Must Watch Video

Advertisement