Skip to main content

Selebriti

Dahlia Rizal Perjelas Isu Ditinggalkan Suami Ketika Berpantang, Mohon Orang Ramai Dengar Cerita Penuh - "Imran Pun Banyak Membantu Saya"

Dahlia Rizal Perjelas Isu Ditinggalkan Suami Ketika Berpantang, Mohon Orang Ramai Dengar Cerita Penuh - "Imran Pun Banyak Membantu Saya"

Sekilas

  • Dahlia Rizal mengakui mengalami Postpartum Depression (PPD) teruk selepas melahirkan anak sulungnya, Yusra, dan pernah terlintas untuk mencampakkan bayinya.
  • Imran Aqil tidak berada di sisi Dahlia ketika berpantang kerana berada di Nepal selama 10 hari, namun Dahlia menjelaskan keadaan dirinya sudah semakin baik ketika itu dan mendapat sokongan keluarga.
  • Dahlia berharap orang ramai faham cerita penuh mengenai isu ini dan menegaskan Imran menyedari kesilapannya serta banyak membantu sepanjang tempoh PPD tersebut.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil menjelaskan isu membabitkan suaminya, Imran Aqil yang didakwa meninggalkan dirinya ketika dalam tempoh berpantang.

Menerusi perkongsian di Threads, Dahlia mengakui dirinya mengalami Postpartum Depression (PPD) yang teruk pada bulan pertama selepas melahirkan anak sulung mereka, Yusra.

Advertisement

Malah, dia pernah terlintas untuk mencampakkan bayinya ketika berdepan keadaan tersebut.

"PPD saya teruk ketika bulan pertama sampai saya rasa macam bukan diri saya lagi.

"Macam nak campak anak, tapi Alhamdulillah ketika itu saya ada Imran dan ibu bapa saya. Saya bersyukur tidak mengalaminya seorang diri," tulisnya.

Advertisement

Mengulas mengenai keberangkatan Imran ke Nepal, Dahlia menjelaskan ketika itu keadaan dirinya sudah semakin baik dan Yusra juga sudah berusia tiga bulan.

"Ketika Imran ke Nepal, Yusra sudah pun berusia tiga bulan. Saya pun sudah mula rasa lebih baik dan adik-beradik saya ada bersama. Saya juga ada sokongan di sekeliling saya.

"Bagaimanapun, perkara itu sudah dikongsikan dalam podcast tersebut. Saya tidak menyalahkan sesiapa atas pendapat mereka mengenai kenyataan Imran," ujarnya.

Dalam masa sama, Dahlia memahami bahawa isu PPD merupakan perkara yang sensitif dan serius.

Namun, dia berharap orang ramai dapat mendengar cerita penuh sebelum membuat kesimpulan.

Malah, Dahlia berkata Imran menyedari kesilapannya dan banyak membantunya sepanjang tempoh tersebut.

"Kalau anda menonton podcast penuh, anda akan faham yang dia tahu apa yang dia lakukan itu bukan perkara yang betul. Dia menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi.

"Saya tahu ramai yang mengambil berat tentang perkara ini kerana PPD adalah topik yang sangat sensitif dan serius. Saya faham ada segelintir orang yang terkesan dengan klip daripada podcast itu.

"Tetapi ketahuilah bahawa Imran pun banyak membantu saya sepanjang tempoh tersebut," katanya.

Terdahulu, menerusi sebuah podcast, Imran mengakui tidak berada di sisi Dahlia ketika isterinya dalam tempoh berpantang kerana berada di Nepal selama 10 hari bagi menyertai aktiviti pendakian gunung.

Menurut Imran, Dahlia berdepan masalah meroyan selepas melahirkan anak sulung mereka sehingga pernah terlintas untuk mencampakkan bayi tersebut.

Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mengecam tindakan Imran.

Anda mungkin berminat dengan

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Must Watch Video

Advertisement