Skip to main content

Selebriti

Dakwa Ada Pihak Berhutang RM1.5 Juta, Shima Anuar Tidak Mahu Berdiam Diri - "Sudah Tiba Masa Untuk Kongsi Nama..."

Shima

Sekilas

  • Pelakon Shima Anuar mendedahkan terdapat pihak yang berhutang dengannya sebanyak RM1.5 juta, termasuk hampir RM1 juta daripada kontraktor rumah yang tidak siap.
  • Shima berkongsi rasa kecewa terhadap peminjam yang dianggap sahabat ketika susah tetapi gagal membayar balik hutang mereka.
  • Dia bertekad untuk mendedahkan senarai nama peminjam tersebut kerana perlu menanggung keluarga dan menunaikan tanggungjawab kewangan lain.
Advertisement

Tidak mahu berdiam diri lagi, pelakon Shima Anuar mendedahkan terdapat beberapa pihak yang berhutang dengannya sehingga mencecah RM1.5 juta.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, pemilik nama penuh Noor Hashimah Anuar itu turut memuat naik tangkap layar luahan suaminya yang meluahkan rasa kesal terhadap individu terlibat.

Advertisement

Menurutnya, ada dalam kalangan peminjam yang kononnya menganggap diri sebagai sahabat ketika susah, namun akhirnya gagal melunaskan hutang.

"Kita cakap terus terang saja lah. Jumlah hutang adalah RM1.5 juta. Hampir RM1 juta daripada kontraktor yang buat rumah separuh jalan dulu.

"Yang lain kononnya daripada sahabat, bila susah tebal muka pinjam duit, selepas itu tak reti nak bayar semula duit orang,"tulisnya.

Dalam masa sama, Shima turut menyatakan dia nekad untuk mendedahkan senarai nama peminjam tersebut kerana baginya dia juga berusaha keras untuk mendapatkan wang tersebut.

"Rasanya sudah tiba masa untuk kongsi saja senarai nama itu. Kami ada keluarga untuk diberi makan, yuran sekolah anak dan bil lain yang perlu dibayar.

"Mereka bukan kawan, kawan tidak akan buat begini. Memalukan," ujarnya.

Terdahulu, Solih meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang enggan melunaskan hutang meskipun sudah diberi peringatan berulang kali.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement