Skip to main content

Antarabangsa

Dakwa Berlaku Curang Dengan Lelaki Lain, Pemuda Tikam Ibu Tiri Sampai Maut

Tikam

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 30 tahun di Bangkalan, Indonesia maut ditikam oleh anak tirinya yang berusia 24 tahun kerana didakwa curang dengan lelaki lain.
  • Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang lelaki mengejar suspek yang menunggu bas sambil membawa sabit kecil, sebelum ditikam beberapa kali hingga maut.
  • Suspek kemudian menyerah diri kepada ketua desa dan kini berdepan dakwaan membunuh dengan hukuman mati, penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
Advertisement

Seorang wanita di Bangkalan, Indonesia maut dipercayai ditikam oleh anak tirinya sendiri.

Mangsa yang baru sahaja berusia 30 tahun itu dibunuh anak tirinya yang berusia 24 tahun dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan wanita itu yang didakwa berlaku curang dengan lelaki lain.

Advertisement

Menurut siasatan, kejadian berlaku ketika mangsa keluar bersama seorang lelaki manakala suspek berada di tepi jalan untuk menunggu bas.

Mangsa yang melihat suspek bersama lelaki lain kemudian bertindak mengejar mereka dari arah belakang sambil membawa sebilah sabit kecil.

“Mangsa dan seorang lelaki sempat melarikan diri. Pelaku yang hilang kawalan menikam ibu tirinya beberapa kali hingga mangsa maut di tempat kejadian.

"Dia kemudiannya melarikan diri. Kira-kira dua jam selepas itu, dia tampil di hadapan kepala desa untuk mengakui perbuatannya," kata jurucakap polis.

Jasad ibu tirinya telah dihantar ke RSUD Syamrabu Bangkalan untuk proses bedah siasat.

Pelaku pula berdepan dakwaan membunuh dengan niat yang boleh dihukum mati, dipenjarakan seumur hidup atau penjara maksimum 20 tahun jika disabit bersalah

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement