Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

"Dakwah Bukan Sekadar Kata-Kata" - Dr. Zulkifli Hasan

"Dakwah Bukan Sekadar Kata-Kata" - Dr. Zulkifli Hasan

Sekilas

  • Program Simfoni Dakwah: Sebarkan Salam menggabungkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan memperkukuh ukhuwah sambil mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
  • Pelbagai inisiatif seperti pameran reruai, pemeriksaan kesihatan percuma, tukar minyak hitam dan gunting rambut percuma disediakan sepanjang program berlangsung.
  • Program ini turut diserikan dengan Bubur Asyura MADANI dan Ziarah Mahabbah yang menyantuni golongan asnaf serta institusi pendidikan Islam di sekitar Permatang Pauh.
Advertisement

Program Simfoni Dakwah: Sebarkan Salam bukan sekadar menghimpunkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, malah menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang dibawakan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pelbagai pengisian disediakan sepanjang program berlangsung, antaranya pameran reruai, jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, perkhidmatan tukar minyak hitam percuma serta gunting rambut percuma yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

Advertisement

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, berkata program itu turut diserikan dengan pelaksanaan Bubur Asyura MADANI dan Ziarah Mahabbah: Misi Santuni Ummah di sekitar Permatang Pauh sebagai usaha menyemarakkan semangat kebersamaan, kasih sayang dan budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.

"Program ini membuktikan bahawa dakwah bukan sekadar disampaikan melalui kata-kata, tetapi turut diterjemahkan menerusi khidmat kepada masyarakat. Menerusi Bubur Asyura MADANI dan Ziarah Mahabbah, kita berpeluang menyantuni golongan yang memerlukan serta mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Inilah semangat sebenar Malaysia MADANI yang menekankan ihsan, kebersamaan dan kesejahteraan ummah," katanya.

Menurut beliau, pasukan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menggerakkan Program Ziarah Mahabbah #MADANIMembantu dengan menyantuni golongan asnaf serta beberapa institusi pendidikan Islam di sekitar Permatang Pauh.

Antara institusi yang diziarahi ialah Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al Qayyim, Sekolah Menengah Agama Manabi'ul Ulum serta Sekolah Rendah dan Menengah Agama Ibrah.

Advertisement

Katanya, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam memperkukuh jaringan ukhuwah, di samping memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by YB Senator Dr. Zulkifli Hasan (@drzulkiflihasan)

 

Dr. Zulkifli berkata, program ziarah itu menjadi penutup yang cukup bermakna kepada keseluruhan penganjuran Simfoni Dakwah: Sebarkan Salam kerana ia memperlihatkan iltizam kerajaan untuk sentiasa mendampingi rakyat serta memahami keperluan mereka.

"Semoga setiap usaha murni ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kebajikan serta dakwah yang membawa manfaat kepada masyarakat. Marilah kita terus berlumba-lumba melakukan kebaikan sebagaimana firman Allah SWT, Fastabiqul khairat," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Haidilao Hot Pot Sauce/Steamboat Mala/Broth/Tomato/Shrimp/Mushroom

Haidilao Hot Pot Sauce/Steamboat Mala/Broth/Tomato/Shrimp/Mushroom

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Serunding Ayam 500G

Serunding Ayam 500G

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

Must Watch Video

Advertisement