Sekilas
- Anzalna Nasir terkejut apabila anak sulungnya, Eidrees, menyindirnya kerana malu berniaga secara langsung di hadapan dia.
- Interaksi lucu dua beranak itu mendapat perhatian netizen yang memuji keletah Eidrees dan perwatakannya yang mirip ayahnya.
- Anzalna dan suami, Hanif Zaki, berkahwin sejak 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Aksi spontan pelakon, Anzalna Nasir bersama anak sulungnya, Eidrees kembali mencuri perhatian apabila kanak-kanak itu menyindir ibunya sehingga Anzalna sendiri terkedu.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, dia terhibur melihat interaksi lucu itu dan mengakui bahawa point yang diberikan Eidrees memang valid.
Dalam perkongsian sama, pelakon Dendam Aurora itu mengakui dia berasa segan untuk menjual produk di hadapan anaknya.
Namun, kata-kata balas Eidrees mengejutkan ramai apabila dia mempertikaikan kenapa ibunya perlu malu sedangkan siaran langsung tersebut ditonton orang ramai.
"Anzalna malu nak niaga depan Eidrees. Dia siap tanya kenapa nak malu sangat dengan dia padahal dia anak Anzalna dan ramai orang dalam live. Dia ada point sampai Anzalna terkedu nak cakap apa," tulis netizen tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen terhibur dengan keletah dua beranak itu, malah ada yang menyamakan layanan Eidrees terhadap ibunya itu seperti cara ayahnya melayani Anzalna.
"Eidrees layan mak dia macam sang puteri. Sama seperti ayah dia layan ibunya. Sweet.
"Sama macam ayah dia la si Eidrees ni.
"Bijak sangat dia ni.
"Suka betul Eidrees ni belai-belai mak dia seperti ayahnya," komen netizen.
Ada juga netizen yang terkejut apabila Eidress memiliki gelak tawa yang sama seperti ibunya.
"Cara dia gelak sama macam ibu dia.
"Weh cara dia gelak sama betul dengan Anzalna,"
"Konfius jap siapa yang gelak, sama betul," tambah mereka.
Sekadar info, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.