Skip to main content

Selebriti

Dalam Tempoh 2 Bulan, Ibu Puteri Balqis Sekali Lagi Berdepan Masalah Cyst - “Hari Ketiga Tak Boleh Berjalan…”

Dalam Tempoh 2 Bulan, Ibu Puteri Balqis Sekali Lagi Berdepan Masalah Cyst - “Hari Ketiga Tak Boleh Berjalan…”

Sekilas

  • Puteri Balqis berkongsi bahawa ibunya, Norashikin Mohd.Aziz, sekali lagi diuji dengan ketumbuhan cyst dalam tempoh dua bulan, yang kini sebesar separuh epal dan menyukarkan pergerakan.
  • Selain cyst, ibunya juga mengalami gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) yang semakin membimbangkan.
  • Balqis mengucapkan terima kasih kepada ayahnya yang menjaga ibunya sepanjang ujian kesihatan ini, dan perkongsiannya mendapat perhatian ramai netizen yang mendoakan kesembuhan.
Advertisement

Pelakon, Puteri Balqis memaklumkan bahawa ibunya, Norashikin Mohd.Aziz sekali lagi diuji dengan ketumbuhan cyst buat kali kedua dalam tempoh dua bulan. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish berkata bahawa saiz ketumbuhan ibunya kini sudah sebesar separuh epal, malah menyukarkan pergerakan.

Advertisement

"Ibu Aqish kena cyst lagi dalam tempoh dua bulan. Hari ketiga tak boleh berjalan langsung. Cyst dah besar separuh epal. 

"Baru sahaja kami bawa dia pergi berjalan-jalan. Gembira tengok dia gelak. Ini dah sakit balik pula. Sunyi bila balik rumah,"tulisnya.

Dalam masa sama, Aqish berkata bahawa gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) ibunya turut semakin membimbangkan.

"PTSD ibu agak teruk seminggu sebelum kena cyst. Tetapi tiada kena mengena rasanya,"katanya.

Dalam masa sama, Aqish merakamkan penghargaan buat ayahnya yang telah menjaga ibunya sepanjang  berdepan ujian kesihatan.

"Terima kasih apak tak tidur siang malam sebab nak jaga isteri. Besar jasa Apak. Terima kasih Didi ambil alih kerja Apak buat sementara. Kami sayang Mommy dan Apak,"ujarnya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen menitipkan doa buat Ibu Aqish sambil berkongsi pengalaman dan tips-tips untuk merawat penyakit tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement