Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dany Beler Buat Content Dekat Masyarakat Malaysia, Elak Jurang Dengan Penonton

Elrafaei Sapi
14/12/2018 08:30 MYT
Biarpun sering berada di tangga ke bawah antara peserta program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) pada setiap minggu, Dany Beler tidak berputus asa untuk memberikan persembahan terbaik.

Ujarnya, dia sering memikirkan situasi itu apatah lagi perlu bersaing dengan peserta berkumpulan.

"Saya baru masuk MLM 2018 di Malaysia yang memberikan cabaran baru buat saya dalam dunia komedi iaitu bagaimana saya mahu bersaing dengan kumpulan senior yang lebih pengalaman.

"Saya perlu membuktikan persembahan saya lebih baik daripada minggu sebelumnya," katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, menjadi peserta solo sudah tentu memberikan cabaran terlalu besar tetapi ia bukan menjadi alasan padanya kerana membuat persembahan semuanya dianggap sama.

"Memang sukar mencari idea daripada peserta berkumpulan. Mungkin dari persepsi saya seorang, berjumpa kawan selepas itu saya harus buat sesuatu yang lucu dan alih bahasa dalam bahasa Malaysia.

"Saya cuba membuat 'content' yang dekat dengan masyarakat Malaysia kerana hanya itu gerbangnya selain menaikkan kualiti dalam persembahan agar tiada jurang antara saya dengan penonton," katanya.

MLM2018 Duet challenge telah ditonton lebih 3.2 juta pengguna dan kami mahu anda turut serta dalam kemeriahan ini. Jom duet dengan pelawak kegemaran anda! Sambil tu boleh menang hadiah bernilai RM10,000.

Tak cukup dengan itu, TikTok juga menyediakan pakej istimewa berupa beberapa buah motosikal untuk pengundi bertuah! Tengok aksi Bocey, Shiro dan ikuti kemeriahan pelawak di TikTok.

Peminat dan peminat MLM 2018 boleh mengundi melalui aplikasi TikTok, platform video pendek utama di dunia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store, https://go.onelink.me/BAuo/mlm.

Sebaik sahaja TikTok dimuat turun, semua yang perlu anda lakukan ialah membuat akaun dengan menghubungkan mana-mana media sosial sedia ada kepada TikTok.

Peminat diberi 10 undi setiap hari bermula Sabtu hingga Khamis. Mereka boleh menghabiskan semua 10 undi kepada satu peserta atau menyebarkannya ke seluruh peserta yang mereka suka.

Eksklusif pada Jumaat, 50 undi diberikan dan sekali lagi mereka boleh membelanjakan semuanya kepada satu peserta atau membelanjakannya sebagai harapan mereka.

Pengundian dibuka sepanjang minggu hingga akhir pertunjukan. Namun, keputusan undian adalah tertakluk kepada terma dan syarat, www.maharajalawakmega.com.my.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak
#Bocey #MLM 2018 #Dany Beler
;