Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dapat Rasakan Banyak Perkara Berbeza, Saya Penat” – Gong Yoo Dedah, Letih Pegang Watak Goblin

Mya Amri
17/10/2019 10:10 MYT
Pelakon terkenal Korea, Gong Yoo akui penat selepas melakonkan watak Kim Shin menerusi drama popular Goblin.

Menurut Gong Yoo, dia terpaksa mengambil masa panjang untuk berehat dan mengembalikan tenaganya selepas memegang watak tersebut.

“Saya rasa benar-benar letih selepas penggambaran Goblin. Saya merasakan terlalu banyak perkara yang berbeza selepas drama itu dan pada ketika itulah saya sedar yang saya keletihan.

“Selepas tamat promosi Goblin di luar negara, saya mengambil masa untuk berehat. Saya fikir saya perlukan masa untuk muhasabah diri, penyembuhan dan menjaga diri saya.

“Saya juga perlukan masa untuk diri sendiri. Selepas itu saya mendapat semula tenaga saya dan barulah saya boleh membuat keputusan mengenai tawaran projek yang akan datang,” jelasnya.

Gong Yoo mendedahkan perkara itu sewaktu ditemubual ketika mempromosikan filem terbarunya, 'Kim Ji Young, Born 1982' semalam.

Dalam perkembangan terbaru, filem Kim Ji Young, Born 1982 bakal memulakan tayangannya di pawagam pada 23 Oktober ini.

Sumber: Allkpop
#Artis Korea #Goblin #Gong Yoo