Pelakon dan pengarah, Namron berkongsi dirinya kini sedang belajar Bahasa Inggeris bersama gurunya yang juga pelakon, Bella Rahim.
Menurut Namron atau nama lengkapnya Shahili Abdan, persiapan itu dibuat demi memantapkan lakonannya dalam drama Taiwan yang bakal dibintanginya.
"Jumpa therealbellarahim untuk belajar sebutan Bahasa Inggeris dengan tepat. Semuanya kerana saya dapat tawaran berlakon drama Taiwan dan perlu berdialog dalam Bahasa Inggeris," tulisnya.
Pelakon filem Redha ini berkata meskipun memegang watak sampingan sahaja, dia tetap mengambil serius hal tersebut demi menghayati watak yang diberi.
"Walaupun watak tersebut kecil tetapi persiapan untuk membawa watak itu tetap penting. Terima kasih Bella atas segala tunjuk ajar," ujarnya.