Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kedua yang menampilkan menu Nasi Ambeng dan Moist Chocolate Cake.
- Setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah kelazatan hidangan.
- Penonton boleh menonton rancangan ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan mencuba menu yang dijual di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kedua pulh yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Amar (Syarul Ezani) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Ambeng dan Moist Chocolate Cake.
Drama apa yang akan terjadi antara Amar dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI AMBENG
BAHAN-BAHAN:
A. Nasi Lemak:
3 cup beras
1 cup santan
1 cup susu Goodday Full Cream
2 cup air
2 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN:
- Basuh beras & masukkan ke rice cooker.
- Tuang santan, susu Goodday, air, garam dan daun pandan.
- Masak seperti biasa hingga wangi & berlemak.
B. Ayam Kicap:
1kg ayam (potong kecil)
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
3 sudu besar kicap manis
½ cup air
1 sudu the Garam
1sudu besar gula
Cara-cara:
- Tumis bawang hingga wangi.
- Masukkan ayam + kicap + air.
- Masak hingga ayam empuk & kuah pekat.
C. Sambal Goreng Goodday (lebih creamy):
150g tempe (hiris & goreng)
150g tauhu (hiris & goreng)
1 batang kacang panjang (hiris)
½ cup susu Goodday Full Cream
1pkt Fucuk dan Suhun (rendam)
Bahan kisar ringkas:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili kering
1 sudu the Garam
1sudu besar gula
Cara-cara:
- Tumis bahan kisar.
- Masukkan kacang panjang, tempe & tauhu.
- Tuang susu Goodday, kacau hingga sedikit kering & creamy.
D. Serunding Kelapa Ringkas:
2 cup Kelapa parut
1 sudu Serbuk kunyit
1 cawan besar Susu GOODDAY Full Cream
½ sudu teh Garam
1 sudu teh Gula
Cara-cara:
- Campur semua bahan dan masak sehingga kering.
E. Sambal Belacan:
6 biji Cili padi
2 Batang Cili merah
1 sudu kecil Belacan bakar
½ sudu kecil Garam
2sudu besar Gula
2biji Jus limau kasturi
Cara-cara:
- Kisar semua bahan.
#2 MOIST CHOCOLATE CAKE
BAHAN-BAHAN:
A. Bahan Kering:
1 cawan Tepung gandum
1 cawan Serbuk koko
1 sudu kecil Baking powder
½ sudu kecil Garam
(ayak & ketepikan)
B. Bahan Basah:
1 cawan Susu Goodday Coklat
1 cawan Gula kastor
½ cawan Susu pekat
1 cawan Minyak masak
4 biji Telur A
1 sudu kecil Esen vanila
(pukul sebati , jangan terlebih pukul)
CARA PENYEDIAAN:
C. Bancuh Adunan:
- Masukkan bahan kering ke bahan basah sikit demi sikit.
- Kacau rata sampai adunan licin & tak berketul.
- Tuang ke loyang
D. Kukus:
- Panaskan pengukus hingga air mendidih.
- Masukkan loyang, tutup dengan aluminium foil (elak air menitis).
- Kukus api sederhana.
- Cucuk lidi, jika keluar bersih, kek dah masak.
E. Ganache Susu Goodday (atas kek):
½ cawan Susu Goodday
1 cawan Coklat masakan
Cara-cara:
- Panaskan susu Goodday.
- Tuang atas coklat.
- Kacau sampai cair & licin
- Curah atas kek kukus.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.