Sekilas
- Zizan Razak kembali dengan program realiti drama memasak pertama Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani', yang mula ditayangkan 18 Februari di Astro Ria dan platform On Demand.
- Setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama, dan menu yang dimasak boleh dibeli di gerai bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac.
- Program ini menggabungkan elemen memasak dan misi menyamar Inspektor Sani bersama Sarjan Ain untuk menjejaki pengedar dadah di sebuah kampung.
Mesti ramai yang merindui gelagat Inspektor Sani yang merupakan watak lakonan pelawak Zizan Razak dalam filem Polis Evo.
Bagi mengubat hati peminat, Zizan kembali menerusi program realiti drama memasak pertama di Malaysia, ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani bermula 18 Februari ini.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Konsep program tersebut sekali gus menepati slogan ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Dalam misi ini, Zizan bersama penolong baharu Gen Z iaitu Sarjan Ain (lakonan Isyariana), menyamar sebagai peniaga makanan bagi menjejaki pengedar dadah licik yang bersembunyi di sebuah kampung.
Untuk episod kedua, Zizan ditemani oleh Wafariena yang memegang watak sebagai ???
Alang-alang dalam operasi, Inspektor Sani dan ?? dengan bantuan Sarjan Ain itu bersama-sama memasak menu Nasi Minyak, Daging Kurma, Acah Jelatah selain pencuci mulut Kuih Lapis Susu sebagai pelengkap menu.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!
#1 Nasi Minyak
1 kg Beras Basmathi
2 sudu makan Minyak masak
5 sudu makan Minyak sapi
2 biji besar Bawang besar (dihiris halus)
3 ulas Bawang putih (dihiris halus)
1 inci Halia (dihiris kasar)
5 tangkai Serai (diketuk)
2 helai Daun pandan
2 biji Kayu manis
3 biji Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
3 helai Daun salam kering
5 helai Daun pandan
1 liter Air
250 ml Susu Goodday Full Cream
3 sudu teh Garam
1 sudu makan Serbuk perasa ayam
Pewarna oren
Kismis, gajus, daun ketumbar
CARA MEMASAK
Basuh beras basmathi & rendam beras selama 30 minit. Tos beras bila cukup masa.
Di dalam periuk, panaskan minyak masak & minyak sapi. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing.
Kemudian masuk & tumis serai, daun pandan, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun salam kering sehingga harum.
Masukkan air, susu Goodday Full Cream, garam & serbuk perasa ayam. Tunggu hingga mendidih.
Apabila mendidih, masukkan beras yg telah ditos dan kacau perlahan.
Biarkan air kering, kemudian kecilkan api. Biar seketika.
Tutup api, titis warna oren dan biarkan selama 20 minit. Kacau & hidang.
Hias dengan kismis, gajus, dan daun ketumbar.
#2 Daging Kurma
1 kilo Daging lembu
6 sudu besar Minyak
Rempah empat sekawan
2 biji Bawang merah besar
6 ulas Bawang putih (bahan kisar)
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
4 sudu besar Rempah kurma
3 sudu besar Gula melaka (dihiris)
1 cawan Bawang goreng
2 cawan Susu Goodday Full Cream
2 cawan Air
3 sudu besar Kerisik
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, kemudian tumis rempah empat sekawan.
Tumis bahan kisar sehingga garing.
Kemudian, tumis rempah kurma seketika.
Letak daging dan bawang goreng, gaul seketika.
Masukkan susu Goodday Full Cream, air, dan kerisik. Gaul rata.
Masak sehingga pekat dan daging lembut.
Hidang.
#3 Acar Jelatah
2 biji Timun
1 biji Nenas masak ranum
3 biji Bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas Bawang putih (ditumbuk halus)
3 biji Cili api merah (dihiris)
1 tangkai Daun ketumbar (dihiris)
1 sudu teh Garam
3 sudu makan Gula kastor
CARA MEMASAK
Potong timun dan nenas mengikut kesesuaian masing-masing.
Kemudian, gaul semua bahan.
Biarkan selama 2 jam. Hidang.
#4 Kuih Lapis Susu
2 cawan Tepung beras
½ cawan Tepung gandum
½ cawan Tepung jagung
2 cawan Santan
2 cawan Susu Goodday Full Cream
1 cawan Gula kastor
1 sudu teh Garam
2 sudu makan Pati ros
Pewarna merah
Pewarna kuning
CARA MEMASAK
Gaul bahan santan, susu, gula kastor dan garam. Tapis.
Kemudian, nahagi sama rata kepada 3 bahagian bancuhan.
1 bahagian putih, 1 bahagian merah, 1 bahagian kuning.
Bahagi 2 lagi untuk setiap bancuhan warna.
Kukus selama 5 minit untuk setiap bancuhan untuk dapat lapisan yang sempurna.
Sejukkan pada suhu bilik dan potong.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.