Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod ketujuh menampilkan Inspektor Sani dan Delimawati memasak menu seperti nasi ulam ayam golek spicy dan boba milk pudding.
- Resepi lengkap untuk ketiga-tiga menu disediakan supaya penonton boleh cuba sendiri di rumah.
- Program disiarkan di Astro Ria sepanjang Ramadan dan masakan yang dipertontonkan boleh dibeli di bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 dari 19 Februari hingga 18 Mac.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod ketujuh yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Delimawati (Kak Limah) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah nasi ulam ayam golek spicy dan boba milk pudding.
Drama apa yang akan terjadi antara Kak Limah dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI ULAM
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk Nasi putih
1 ikat Daun selom
1 ikat Daun ulam raja
1 ikat Daun pegaga
2 helai Daun kunyit
2 batang Kacang botol
2 tangkai Bunga kantan
2 batang Serai
1 cawan Kelapa parut sangai
2 sudu makan Budu
1 sudu makan Tenggiri masin (goreng dan carik)
Telur masin, limau nipis, sambal belacan
CARA PENYEDIAAN:
1. Hiris nipis semua jenis ulam daun.
2. Hiris nipis juga bunga kantan, serai, dan kacang botol.
3. Dalam mangkuk besar, gaul semua bahan termasuk kelapa parut sangai, budu, dan tenggiri masin ygdicarik.
4. Hidang Bersama telur masin, limau nipis dan sambal belacan.
AYAM GOLEK SPICY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor Ayam, potong 4
1cawan Minyak masak
2 biji Bawang merah besar
4 ulas Bawang putih
1 inci Halia
2 inci Lengkuas
½ inci Kunyit hidup
Bahan kisar:
3 batang Serai
10 helai Cili kering
7 biji Cili api merah
400ml Susu Goodday
1sudu makan Air asam jawa
2sudu teh Garam
1 ketul Gula melaka (dihiris)
1sudu makan Serbuk perasa ayam
CARA PENYEDIAAN:
1. Ayam di basuh bersih.
2. Blend bahan kisar sehingga halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan susu GOODDAY, air asam jawa, garam, gula melaka, dan serbuk perasa. Gaul sekata.
5. Masukkan ayam ke dalam kuah dan rebus.
6. Apabila kuah mendidih, keluarkan ayam daripada periuk. Terus masak kuah sehingga pekat.
7. Panaskan oven pada suhu 200’C selama 5minit. Letak ayam di dalam tray pembakar dan bakarayam selama 5minit.
8. Masukkan ayam yang dibakar 5 minit tadi, dan celup ke dalam kuah.
9. Sambung bakar selama 5minit. Ulang proses sama sebanyak 3 kali untuk hasil yg cantik.
10. Hidang bersama kuah.
#2 BOBA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Susu Goodday
5 sudu makan Teh Thai merah
4 cawan Air panas
1 cawan Gula perang
½ sudu teh Garam
10gram Serbuk agar-agar
1 cawan Boba pearl
2 sudu makan Gula perang
1 cawan Susu cair
CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam teh di dalam air panas selama 5-10 minit.
2. Tapis dan masak air rendaman teh bersama susu GOODDAY, gula perang, serbuk agar-agar dan garam dengan api sederhana.
3. Masukkan bancuhan air ke dalam bekas dan sejukkan.
4. Di dalam air mendidih, masukkan boba pearl dan rebus sehingga masak. Pastikan sentiasa kacauuntuk elakkan drpd melekat.
5. Tapis boba pearl ke dalam mangkuk dan masukkan gula perang. Kacau sebati hingga gula larut.
6. Letak boba pearl ke atas pudding the yg telah sejuk dan tuang susu cair.
7. Hidang.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.