Skip to main content

Viral

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Effa Kembali Masak Bersama Inspektor Sani, Kali Ini Menu 'Laksa Johor & Milk Churros With Chocolate Sauce'

Goodday eps 6

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod keenam menampilkan Inspektor Sani dan Wafariena memasak laksa johor dan milk churros with chocolate sauce.
  • Resepi lengkap laksa johor dan milk churros disediakan untuk penonton yang ingin cuba masak sendiri di rumah.
  • Program ini disiarkan di Astro Ria sepanjang Ramadan dan masakan yang dipersembahkan boleh dibeli di bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 dari 19 Februari hingga 18 Mac.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod keenam yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Wafariena  (Effa) yang akan memasak pelbagai menu seperti laksa johor dan milk churros with chocolate sauce.

Drama apa yang akan terjadi antara Effa dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 Laksa Johor

Bahan-bahan untuk kuah:

500gram  Ikan parang

3 ekor Ikan kembung (saiz sederhana)

10 ekor Isi udang segar (saiz sederhana)

500ml  Air rebusan kulit udang

500ml Susu Gooddday Full Cream

500ml Air

2 cawan Minyak masak

3 sudu makan Serbuk kari

2 keping  Asam keping

1 sudu makan Kerisik

1 kuntum  Bunga kantan

1 ikat  Daun kesum

1 ikat Daun selasih

Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kisar halus:

5 biji  Bawang merah kecil

3 ulas  Bawang putih

1 inci  Halia

2 inci  Lengkuas

3 sudu makan  Udang kering

30g  Ikan masin kurau

2 batang  Serai

10 biji  Cili kering (dah direbus)

 Bahan-bahan untuk sambal belacan:

4 biji  Cili merah besar

6 tangkai  Cili api merah

2 inci  Belacan bakar

3 sudu makan Jus limau kasturi

Garam secukup rasa

Gula, jika suka

Bahan-bahan hidangan sampingan:

Bawang merah besar          

Lobak masin

Kacang panjang                    

Limau kasturi

Timun

Bunga kantan

Taugeh                                  

Daun kesum  

CARA MEMASAK:

1. Panggang ikan parang dan ikan kembung, kemudian ambil isi sahaja.

2. Kupas udang dan ambil isi sahaja. Tumis kulit udang untuk buat air rebusan udang. Cincang halus isiudang.

3. Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau. Masukkan serbuk kari, tumis seketika.

4. Masukkan air rebusan udang, isi udang segar, asam keping, kerisik, bunga kantan, daun kesum, dan daun selasih.

5. Gaul sekata supaya isi udang tidak bergumpal. Didih hingga timbul minyak.

6. Masukkan isi ikan parang dan isi ikan kembung yg telah di masak dan dicarik halus. Didih 10 minitlagi. Perasa kan kuah.

7. Kisar semua sekali bahan untuk sambal belacan.

8. Hidang kuah bersama spageti dan hias dengan bahan hidangan sampingan.

#2 Milk Churros With Chocolate Sauce

1 cawan  Susu Goodday Full Cream

2 sudu makan  Unsalted butter

1 sudu makan Gula kastor

1/8 sudu teh  Garam

1 cawan  Tepung gandum

1 nos Telur A

1 sudu teh Esen vanilla

Minyak masak

Gula Kayu Manis:

1/2 cawan gula (100g)

1 sudu teh serbuk kayu manis

Sos Celupan Coklat:
3 oz coklat pahit (85g)
1/2 cawan krim pekat (120g)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan susu Goodday Full Cream, unsalted butter, garam dan gula di dalam periuk.

2. Apabila semua cair, perlahankan api dan masukkan tepung gandum dan gaul sebati hingga menjadidoh.

3. Sejukkan selama 5 minit.

4. Masukkan telur dan vanilla esen, kacau perlahan sehingga menjadi doh semula.

5. Masukkan adunan ke dalam beg pastri dan paip di atas dulang sepanjang 4inci.

6. Goreng sehingga keperang-perangan. Angkat dan tos.

7. Gaul di dalam gula. Hidang.

8. Untuk sos coklat, panaskan susu dgn api perlahan tapi jangan sampai mendidih.

9. Tuang ke dalam coklat dan gaul. Hidang.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement