Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod kelima menampilkan Inspektor Sani dan Jannah memasak menu soto daging dan milk snowball cookies.
- Resepi lengkap soto daging dan milk snowball cookies dikongsi untuk penonton cuba di rumah dengan bahan dan cara memasak yang terperinci.
- Program disiarkan di Astro Ria sepanjang Ramadan dan masakan yang dipertontonkan boleh dibeli di bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 dari 19 Februari hingga 18 Mac.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kelima yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Jannah (Jaja Iliyes) yang akan memasak pelbagai menu seperti soto daging dan milk snowball cookies.
Drama apa yang akan terjadi antara Jannah dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 Soto Daging
Bahan A:
1 kg Daging lembu
2 liter Air
1 inci Halia
2 batang Serai
4 helai Daun salam kering
1 sudu teh Garam
Bahan B:
2 cawan Air
10 biji Bawang merah
7 biji Bawang putih
7 biji Buah keras
1 sudu makan Serbuk ketumbar
1 sudu teh Serbuk jintan putih
1 biji Cekur
1 inci Halia
Bahan C:
5 biji Cengkih
2 batang Serai (diketuk)
4 helai Daun salam
3 tangkai Kayu manis
3 batang Daun bawang (dipotong 2cm)
1 liter Susu Goodday Full Cream
1 liter Air rebusan daging
Bahan D:
2 sudu makan Serbuk perasa ayam
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Lada putih
2 sudu makan Gula
1 sudu makan Kicap manis
CARA MEMASAK
- Rebus daging lembu bersama air, halia, serai, daun salam kering dan garam sehingga ¾ masak. Buang buih yang timbul untuk menghilangkan hanyir daging. Setelah siap, asingkan daging dan simpan air rebusan daging.
- Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, cekur, halia dan air sehingga halus. Tumis bahan kisar tersebut sehingga wangi dan berubah warna.
- Masukkan cengkih, serai yang diketuk, daun salam, kayu manis, daun bawang, Susu Goodday Full Cream dan air rebusan daging. Biarkan mendidih.
- Masukkan semula daging bersama serbuk perasa ayam, garam, lada putih, gula dan kicap manis. Gaul perlahan dan rebus sehingga daging benar-benar lembut dan kuah sedikit pekat.
- Hidang bersama nasi panas dan lengkapkan dengan kentang goreng, hirisan daun bawang, hirisan daun ketumbar, bawang goreng, tomato ceri dan emping melinjau.
#2 Milk Snowball Cookies
2 ¼ cawan Tepung gandum (diayak)
200g Minyak sapi
½ cawan Gula icing
1 sudu kecil Esen vanila
¼ sudu kecil Garam
3 sudu besar Susu tepung
1 sudu teh Susu Goodday Full Cream
Bahan-bahan salutan:
¼ cawan Susu tepung
¼ cawan Gula aising
CARA MEMASAK
- Campurkan minyak sapi, gula icing dan esen vanila. Kacau sehingga sebati dan lembut.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
- Tambahkan susu tepung dan Susu Goodday Full Cream, kemudian gaul lagi sehingga menjadi doh yang lembut.
- Jika doh terlalu lembap, tambah sedikit lagi tepung gandum sehingga mendapat tekstur yang sesuai.
- Bulatkan doh sebesar biji guli dan susun di atas dulang pembakar yang telah dilapik.
- Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Setelah masak, sejukkan seketika sebelum digaul bersama campuran susu tepung dan gula aising sebagai salutan.
- Hidang.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.