Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod ke-17 menampilkan Inspektor Sani dan Kak Munah memasak menu seperti nasi buttermilk chicken dan bubur chacha.
- Resepi lengkap kedua-dua menu dikongsi supaya penonton boleh cuba sendiri di rumah dengan konsep 'Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli'.
- Program disiarkan di Astro Ria sepanjang Ramadan dan masakan yang ditayangkan boleh dibeli di bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 dari 19 Februari hingga 18 Mac.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod ketujuh belas yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Watie (Kak Munah) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah nasi buttermilk chicken dan bubur chacha.
Drama apa yang akan terjadi antara Kak Munah dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI BUTTERMILK CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam (Marinade & Goreng):
500g Ayam (dada potong sederhana)
100ml Susu Goodday Full Cream
1 biji Telur
2 sudu besar Tepung jagung
1 sudu besar Tepung gandum
½ sudu kecil Garam
½ sudu kecil Serbuk Lada putih
½ sudu kecil Serbuk paprika
Minyak secukupnya untuk goreng
Buttermilk sauce:
2 sudu besar Butter
2 biji Bawang merah kecil, hiris nipis
2 ulas Bawang putih, cincang
2 biji Cili api merah, hiris
10 helai Daun kari
2 cawan Susu GOODDAY Full Cream
2 keping Keju Cheddar
Garam
Serbuk perasa ayam
Lada putih
CARA PENYEDIAAN:
Langkah 1:
1.Pukul susu Goodday + telur + garam + lada + paprika.
2. Rendam ayam dalam campuran ini 30 minit.
3. Gaul ayam dengan tepung gandum hingga rata.
4. Goreng ayam dalam minyak panas hingga garing & keemasan.
Langkah 2:
1. Panaskan butter, tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi.
2.Masukkan cili api merah dan daun kari. Tumis wangi.
3. Tuang susu Goodday serta keju cheddar. Didih sehingga pekat.
4. Masukkan ayam yg digoreng tadi dan gaul sekata.
5. Perisakan secukupnya dan hidang bersama nasi putih.
#2 BUBUR CHACHA
BAHAN-BAHAN:
2 biji Keledek oren (potong dadu kecil)
1 biji Yam (potong dadu)
1 cawan Isi jagung
3 biji Nangka madu (hiris nipis)
½ cawan Sagu biji putih kecil
1cup Cha-cha kering
1 liter Air
2 ikat Daun pandan
1 cawan Susu Goodday Pasteurised Milk
½ cawan Santan kotak
1biji kecil Gula melaka (dihiris)
3 sudu besar Gula putih
1 sudu teh Garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus keledek, yam, sagu putih dan daun pandan dalam 1 liter air hingga empuk.
2. Kemudian masukkan cha-cha, isi jagung, dan Nangka, rebus perlahan.
3. Masukkan susu Pasteurised, santan, gula melaka, dan gula kastor.
4. Gaul dan rasa hingga cukup manis.
5. Letak garam secukup rasa untuk bangkitkan rasa lemak.
6. Hidang.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.