Skip to main content

Viral

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Makin Meriah Masak! Kali Ini Nayan Dan Inspektor Sani Hidang Nasi Kak Wok & Pudding Roti Susu Coklat

WhatsApp Image 2026 03 04 at 3.22.00 PM

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod ke-15 menampilkan Inspektor Sani dan Nayan memasak menu Nasi Kak Wok dan Pudding Roti Susu Coklat.
  • Resipi lengkap kedua-dua menu dikongsi dengan bahan dan cara penyediaan yang mudah diikuti, menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama.
  • Program ini disiarkan di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu dari program tersebut.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kelima belas yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Nayan (Ropie) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Kak Wok dan Pudding Roti Susu Coklat.

Drama apa yang akan terjadi antara Nayan dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI KAK WOK

BAHAN-BAHAN:

Nasi Putih

Sambal Belacan

3 biji Jus limau kasturi

7 tangkai Cili merah

5 tangkai Cili padi merah

½ inci Belacan (bakar sebentar)

2 sudu besar Air asam jawa

2 sudu besar Gula putih

¼ sudu teh Garam

Ayam Goreng Kak Wok

1 ketul Ayam, potong kiub besar

½ teh Garam

1 sudu teh Serbuk kunyit

½ sudu teh Serbuk kari

½ sudu teh Cili kisar

Minyak untuk deep fry secukupnya

Kuah Gulai / Kari

1 biji Bawang merah kecil

2 ulas Bawang putih

½ inci Halia                                              a

1 sudu besar Rempah kari daging

100 ml Air

100 ml Susu Goodday Full Cream

100 ml Santan

1 batang Kacang panjang, potong kecil

1 biji Terung pendek, potong kecil

Garam dan Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

Kuah Gulai

1. Kisar bahan bawang merah kecil, bawang putih,halia, rempah kari daging dan tumis hingga wangi.

2. Masukkan air, susu, dan santan, kacau sekata dan didih sehingga pekat.

3. Masukkan kacang panjang dan terung.

4. Perasakan garam & gula.

Sambal Belacan

1. Kisar semua bahan sehingga hancur.

2. Sesuaikan rasa pedas, masam, dan manis.

Ayam Goreng

1. Perap ayam dengan semua bahan selama 20 minit.

2. Goreng ayam hingga garing, angkat dan tos.

Hidang

1. Letakkan nasi putih panas dalam mangkuk / pinggan.

2. Letakkan ayam goreng garing di sisi.

3. Tuang sedikit kuah gulai di atas nasi.

4. Hidangkan bersama sambal belacan di tepi.

#2 PUDDING ROTI SUSU COKLAT

BAHAN-BAHAN:

15 keping Roti putih

1 blok Butter

4 biji Telur A

2 cawan Susu Goodday Chocolate

1 cawan Whipping cream

3 sudu makan Gula kastor

2 sudu teh Esen vanila

3 sudu makan Kismis perang

CARA PENYEDIAAN:

1. Sapukan butter pada semua roti.

2. Potong bentuk segi tiga.

3. Dalam mangkuk besar, pukul telur, susu Goodday, whipping cream, gula, dan esen vanila.

4. Kacau sebati dan pastikan tidak berbuih banyak.

5. Susun roti dan bancuhan telur secara berlapis di dalam loyang.

6. Tuangkan bancuhan telur ke atas roti sehingga roti hampir tenggelam.

7.Tekan perlahan supaya roti menyerap custard.

8. Taburkan kismis antara lapisan (jika guna).

9. Rehatkan selama 1jam atau semalaman di dalam peti ais.

10. Panaskan oven pada 180°C.

11. Bakar selama 35 minit atau sehingga permukaan perang keemasan.

12. Hidang

Hiasan

Taburan gula aising

Ais krim vanila

Karamel drizzle

Fresh fruits

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must-Watch Video

Advertisement