Skip to main content

Selebriti

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Masak Dengan Bergaya Bersama Dali, Inspektor Sani Sediakan Nasi Ayam Bawang & Milk Custard Tart

Dapur Goodday

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod 27 yang menampilkan Inspektor Sani dan Dali memasak menu seperti Nasi Ayam Bawang dan Milk Custard Tart.
  • Resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah kelazatan hidangan.
  • Penonton boleh menonton rancangan ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan juga membeli menu dari gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod 27 yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Dali (Aaron Aziz) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Ayam Bawang & Milk Custard Tart.

Drama apa yang akan terjadi antara Dali dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI AYAM BAWANG GOODDAY & KOBIS GORENG

BAHAN-BAHAN:

A. Ayam Bawang Goodday:

500g ayam ( dada, potong sederhana)

1 biji bawang besar (hiris nipis)

3 ulas bawang putih (cincang)

½ cawan pes tomato

150ml (⅔ cup)susu Goodday Full Cream

1 sudu besar kicap manis

1 sudu kecil kicap masin

½ sudu kecil lada sulah

½ sudu kecil gula

½ sudu kecil garam

3 sudu besar minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

B. Ayam Bawang Goodday:

1. Goreng ayam hingga separuh masak.

2. Tumis bawang merah n bawang putih hingga garing.

3. Masukkan pes tomato, tumis hingga layu & naik bau.

4. Masukkan kicap manis, kicap masin, gula, garam & lada.

5. Kecilkan api, tuang susu Goodday, kacau perlahan.

6. Masak 5 minit hingga kuah creamy & ayam masak.

C. Bahan-Bahan Kobis Goreng:

2 cup kobis (hiris kasar)

2 ulas bawang putih (hiris)

1 sudu besar minyak masak

¼ sudu kecil garam

¼ sudu kecil lada sulah

D. Cara Masak Kobis Goreng:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih.

2. Masukkan kobis, perasakan garam & lada.

3. Goreng cepat 3 minit sahaja (kekal rangup).

E. Hidangan:

Nasi putih panas

Ayam bawang Goodday berkuah creamy

Kobis goreng

#2 MILK CUSTARD TART

BAHAN-BAHAN:

7 keping kulit tart siap

250ml (1 cup) susu Goodday Strawberi

2 biji telur

60g (¼ cup) gula kastor

½ sudu kecil esen vanila

1 sudu besar tepung kastard

CARA PENYEDIAAN:

1.Sediakan Inti Custard

- Pukul telur & gula hingga sebati.

- Masukkan susu Goodday, vanila & tepung kastard, kacau rata.

- Tapis untuk pastikan custard licin.

2. Tuang ke Kulit Tart

- Letak kulit tart di tray.

- Tuang inti custard ¾ penuh setiap tart.

3. Bakar

- Panaskan oven 170°C.

- Bakar 20–25 minit hingga custard set & permukaan sedikit keemasan.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement