Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod ke-24 yang menampilkan menu Nasi Jagung Ayam Masak Merah dan Popia Carbonara Goodday.
- Resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah rasa pada hidangan.
- Penonton boleh menonton rancangan ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan mencuba menu yang dijual di gerai bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod Dua puluh empat yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Pamakbul (Malam Terlarang) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Jagung Ayam Masak Merah dan Popia Carbonara Goodday
Drama seram apa yang akan terjadi antara Pamakbul dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI JAGUNG AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
Nasi Jagung:
3 cup beras
1 cup jagung manis (frozen)
1 cup Almond Milk
1½ cup air
1 biji bawang merah (slice)
4 sekawan
4 helai Daun pandan
bahan kisar:
4 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA PENYEDIAAN:
- Basuh beras.
- Tumis bawang merah slice dan 4 sekawan sehingga wangi
- Masukkan bahan yang telah dikisar sehingga masak.
- Masukkan jagung, Almond Milk, air & garam.
- Masukkan beras yang telah dibasuh.
- Masak seperti biasa hingga nasi lembut & wangi.
Ayam Masak Merah:
Marinade ayam:
1kg ayam (potong sederhana)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 Inci halia
7 tangkai cili kering rebus
1 cup air
1 biji tomato (cube besar)
½ bawang merah slice
4 sekawan
2 sudu besar susu Goodday
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil gula
3 sudu besar Minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Goreng ayam marinade hingga separuh masak, ketepikan.
- Tumis bawang merah slice dan 3 sekawan sehingga wangi. Lalu masukkan bahan yang telah dikisar, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan tomato, sos tomato, sos cili, sos tiram dan susu goodday, masak hingga kuah pekat.
- Tambahkan garam dan gula.
- Masukkan ayam, gaul rata & masak hingga ayam empuk & kuah pekat.
#2 POPIA CARBONA GOODDAY
BAHAN-BAHAN:
12 keeping kulit popia
Minyak untuk menggoreng
B. Bahan Inti (Fillings):
400g daging cincang
1 biji bawang besar – dadu kecil
1 biji lada bengala – dadu kecil
3 ulas bawang putih – cincang
½ batang carrot – potong dadu kecil
½ cup susu Goodday Full Cream
80g keju parut
1 sudu kecil Garam
½ sudu kecil lada putih
½ sudu kecil lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging cincang, masak hingga separuh masak.
3. Masukkan carrot dan cili bangala, kacau rata.
4. Tambah susu Goodday, masak hingga sebati & sedikit pekat.
5. Perasakan dengan garam, gula & lada sulah.
6. Masukkan keju parut, kacau hingga sebati.
7. Ambil kulit popia, letak inti 3 sudu.
8. Gulung kemas, lipat hujung kiri & kanan, kemudian gulung panjang.
9. Panaskan minyak, goreng popia hingga perang keemasan & rangup.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.