Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod 26 yang menampilkan menu Nasi Goreng Tom Yam dan Sagu Gula Melaka.
- Setiap resipi menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah kelazatan hidangan.
- Program ini disiarkan di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod 26 yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Sarjan Ain (Isyariana) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Goreng Tom Yam dan Sagu Gula Melaka.
Drama apa yang akan terjadi antara Pamakbul dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
3 cup nasi putih (sejuk)
3 sudu besar pes tomyam
100ml susu Goodday Full Cream
2 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (hiris)
1 batang serai (ketuk)
3 helai daun limau purut (koyak)
100g udang
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
Perasa:
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN:
1.Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah & serai hingga wangi.
2.Masukkan pes tomyam dan daun limau purut, tumis hingga naik bau.
3.Masukkan udang, masak hingga bertukar warna. Ketepikan
4.Pecahkan telur, kacau ringkas.
5.Masukkan nasi putih, gaul rata.
6.Kecilkan api, tuang susu Goodday, kacau cepat hingga nasi bersalut creamy.
7.Masukkan udang tadi
8.Perasakan dengan garam, gula & sos ikan. Kacau hingga sebati.
#2 SAGU GULA MELAKA (3 WARNA)
BAHAN-BAHAN:
Bahan-Bahan Sagu (3 Warna):
1 cup sagu biji (bahagi 3 bahagian sama)
6 cup air (untuk merebus)
Pewarna makanan:
Merah
Hijau
Kuning
Air sejuk + ais (untuk rendam)
Sirap Gula Melaka:
120g gula Melaka (hiris)
½ cup air
1 helai daun pandan (simpul)
Kuah Susu Goodday:
2 cup susu Goodday Full Cream
¼ sudu kecil garam
1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN:
1.Sagu 3 Warna
- Didihkan air, masukkan sagu (satu warna setiap kali).
- Bila sagu hampir jernih, titiskan pewarna, kacau.
- Masak hingga sagu jernih sepenuhnya.
- Tos & rendam dalam air ais. Ulang untuk warna lain.
2. Sirap Gula Melaka
- Masak gula Melaka, air & daun pandan hingga pekat.
- Tapis & sejukkan sedikit.
3. Kuah Susu Goodday
- Panaskan susu Goodday bersama garam & daun pandan.
- Kacau perlahan, jangan biar mendidih.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO