Skip to main content

Selebriti

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Sedap Tak Terkata! Inspektor Sani & Chief Kazar Masak Nasi Serai Daging Dendeng dan Kuih Lompang Susu

WhatsApp Image 2026 03 11 at 7.46.38 AM

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod 22 menampilkan Inspektor Sani dan Chief Kazar memasak menu Nasi Serai Daging Dendeng dan Kuih Lompang Susu.
  • Resipi lengkap kedua-dua menu menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama disediakan untuk penonton cuba di rumah.
  • Program ini disiarkan di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu dari program tersebut.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod Dua puluh dua yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Chief Kazar (Kazar Saisi) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Serai Daging Dendeng dan Kuih Lompang Susu.

Drama apa yang akan terjadi antara Chief Kazar dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI SERAI DAGING DENDENG

BAHAN-BAHAN:

Nasi Serai:

500gram     Beras

2 sudu besar Butter

3 batang Serai (ketuk hancur)

1 cup Susu Goodday Full Cream

1 cup Air

2 sudu teh Garam

4 sudu besar Serbuk perasa

2 helai Daun pandan

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh beras & masukkan ke periuk / rice cooker.

2.Tambah air, butter, susu Goodday , garam, serai, dan daun pandan.

3. Masak seperti biasa hingga nasi wangi & berlemak.

Daging Dendeng:

1kg Daging lembu (potong sederhana)

1 sudu besar Kicap manis

1 cawan Air rebusan daging

½ sudu teh Garam

2 sudu besar Gula melaka (dihiris)

3 helai Daun limau purut

½ cup Susu Goodday

¼ cup Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

1 cawan Cili kisar

3 batang Serai

2 biji Bawang merah

3 ulas Bawang putih (cincang)

1 inci Halia

1. Rebus daging sehingga lembut, tumbuk daging gunakan lesung batu

2. Goreng daging hingga garing & rangup

3. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak, masukkan air rebusan rebusan, susu Goodday dan daging goreng.

4. Masukkan gula melaka, garam dan kicap manis

5. Masukkan daun limau purut

6. Gaul sebati

#2 KUIH LOMPANG SUSU

BAHAN-BAHAN:

200g Tepung beras

50g Tepung gandum

150g Gula kastor

250ml Susu Goodday (Full Cream, Strawberi, Coklat)

100ml Santan

½ sudu teh Garam

Pewarna makanan

CARA PENYEDIAAN:

Bancuh Adunan

1. Ulang resipi utk 3 perisa susu.

2. Campur tepung beras + tepung gandum + garam dalam mangkuk.

3. Masukkan gula kastor, kacau rata.

4. Tambah susu Goodday + santan, kacau hingga adunan sebati & cair sedikit.

5. Tambah pewarna ikut mangkuk

Kukus Kuih

1. Panaskan pengukus hingga air mendidih.

2. Tuang adunan ke acuan lompang.

3. Kukus 20 minit hingga kuih masak (tanduk lidi bersih).

Sejuk & Hidang

1. Biarkan sejuk 5 minit sebelum hidang.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement