Sekilas
- Program realiti drama memasak pertama Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani', tamat dengan episod ke-29 yang menampilkan menu Nasi Hujan Panas, Ayam Kurma dan Bubur Sumsum Goodday.
- Setiap resipi menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah kelazatan dan kekayaan rasa hidangan.
- Program ini juga ada gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu dari rancangan tersebut, disiarkan di Astro Ria dan platform On Demand serta Astro GO sepanjang Ramadan.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kini melabuhkan tirai dengan episod terakhir iaitu episode 29.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Hajah Munah (Watie), Kak Limah (Delimawati) dan Effa (Wafariena) yang akan memasak tiga menu seperti Nasi Hujan Panas, Ayam Kurma dan Bubur SumSum Goodday.
Drama apa yang akan terjadi antara Kak Munah dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:
3 cup beras basmathi
3 sudu besar marjerin
1½ cup air
¾ cawan (180ml) susu Goodday Full Cream
1 sudu kecil garam
1 batang serai (ketuk)
3 helai daun pandan (simpul)
¼ sudu kecil pewarna oren
¼ sudu kecil pewarna hijau
¼ sudu kecil pewarna merah
Bahan Tumis Wangi:
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 sudu besar minyak masak
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA PENYEDIAAN:
Tumis Wangi:
- Panaskan minyak dan marjerin, tumis bawang putih, bawang besar + halia hingga naik bau & 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga).
- Tuang terus masuk ke periuk / rice cooker bersama bahan lain.
Masak Nasi:
- Didih air rebusan ayam, susu Goodday, garam, serai, daun pandan
- Masukkan beras, kacau sebati & masak seperti biasa hingga nasi lembut & sedikit creamy.
- Tutup api, biar 5 minit supaya nasi lebih gebu & wangi.
Mewarna:
- Buat 4 lubang sedalam 1 inci di atas permukaan nasi yang telah masak.
- Isi pewarna berbeza di setiap lubang.
- Selepas 3 minit, gemburkan nasi.
- Warna warni nasi hujan panas kini muncul.
#2 AYAM KURMA
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan B
1 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kurma
sedikit air
3 akar ketumbar
½ ekor ayam
½ batang lobak merah (potong kiub besar)
1 biji bawang besar (potong wedges)
2 cawan susu GOODDAY Full Cream
2 biji kentang (potong kiub besar)
Rempah 4 sekawan
Bahan C
2 sudu besar jus asam jawa
3 tangkai cili merah dan hijau
2 sudu besar santan pekat
2 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
1 biji tomato
daun ketumbar
bawang goreng
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar bahan a sehingga garing.
2. Masukkan bahan b dan tumis seketika sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan tutup periuk. Didih seketika untuk dapatkan jus ayam.
4. Masukkan lobak merah, bawang besar, susu GOODDAY, dan kentang.
5. Didih kan sehingga kentang lembut.
6. Kemudian masukkan bahan c. biarkan seketika untuk develop rasa.
7. Hidang.
#3 BUBUR SUMSUM GOODDAY
BAHAN-BAHAN:
A.Bubur:
100g (½ cup) tepung beras
500ml (2 cup) susu Goodday Full Cream
½ cup air
¼ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
B. Sirap Gula Melaka:
100g gula Melaka (hiris)
½ cup air
1 helai daun pandan (simpul)
CARA PENYEDIAAN:
1. Bubur Sumsum
- Campur tepung beras dan air, kacau sebati hingga tiada gumpalan.
- Masukkan susu Goodday & garam. Kacau rata.
- Masak di atas api sederhana, kacau sentiasa hingga pekat & berkrim.
2. Sirap Gula Melaka
- Masak gula Melaka, air, daun pandan hingga gula larut & sirap sedikit pekat.
Tapis & ketepikan.
3. Hidangan:
- Tuang bubur sumsum ke dalam mangkuk.
- Siram sirap gula Melaka di atas.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.