Skip to main content

Selebriti

“Datuk Nak Ke Anak Datuk Kahwin Dengan Orang Miskin? - Syida Melvin

“Datuk Nak Ke Anak Datuk Kahwin Dengan Orang Miskin? - Syida Melvin

Sekilas

  • Syida Melvin dedah bekas suaminya, Syafiq Azim, bertindak provok secara tiba-tiba kerana masalah keluarga sebelah sana.
  • Syafiq pernah kata menyesal kahwin dengan Syida dan patut pilih wanita lain sebagai isteri.
  • Syida kongsi tiada ibu bapa mahu anak mereka berkahwin dengan orang susah, dan dia kini dalam proses uruskan rumah bersama tiga anak selepas perceraian.
Advertisement

Pelakon, Syida Melvin mendedahkan punca bekas suaminya, Syafiq Azim bertindak memprovokasinya secara tiba-tiba.

Menerusi perkongsian di Threads, Syida mendakwa tindakan tersebut berlaku kerana Syafiq mempunyai masalah dengan keluarganya sendiri.

Advertisement

Malah, Syida turut mendakwa bekas suaminya pernah memberitahu dia menyesal berkahwin dengannya dan sepatutnya memilih wanita lain sebagai isteri.

“Dia sebenarnya banyak sebab pihak sebelah sana ada masalah dengan keluarga dia.

“Pusing cerita cakap kita itu ini. Kemudian, kata menyesal kahwin dengan saya. Patutnya kahwin dengan orang lain,” tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Syida turut berkata tiada ibu bapa yang mahu melihat anaknya berkahwin dengan orang susah dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka

“Datuk nak ke anak perempuan datuk kawin dengan orang miskin. Mak bapa aku besarkan aku bukan mudah,”ujarnya.

Terdahulu, kontroversi membabitkan keluarga Melvin tercetus selepas Syida bersama beberapa ahli keluarganya mengadakan siaran langsung di media sosial.

Siaran langsung itu memperlihatkan ketegangan yang berlaku dengan bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.

Siaran langsung itu tular dan meraih sehingga 100,000 tontonan apabila Syida meminta Shafiq mengosongkan kediaman yang didakwa mahu didiaminya semula bersama tiga anak mereka.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq dilaporkan bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement