Skip to main content

Selebriti

Dazrin Kamarudin Kongsi ‘Titik Hitam’ Dalam Hidup, Korek Tabung RM50 Duit Syiling Untuk Isi Minyak - “Nak Tutup Malu, Saya Cakap…”

Dazrin Kamarudin Kongsi ‘Titik Hitam’ Dalam Hidup, Korek Tabung RM50 Duit Syiling Untuk Isi Minyak - “Nak Tutup Malu, Saya Cakap…”

Sekilas

  • Pelakon Dazrin Kamarudin pernah melalui fasa gelap dalam hidup antara 2013 hingga 2015 yang menyebabkan dia menjauhkan diri daripada dunia lakonan seketika.
  • Dia menghadapi tekanan emosi, masalah peribadi, dan kekurangan tawaran kerja sehingga terpaksa menggunakan duit syiling RM50 untuk isi minyak kenderaan.
  • Dazrin menegaskan dia tidak bergantung pada kemewahan keluarga dan mahu membuktikan kemampuan diri melalui usaha sendiri.
Advertisement

Di sebalik senyuman dan sikap cerianya di hadapan peminat, pelakon Dazrin Kamarudin mengakui dia pernah melalui satu fasa gelap dalam hidup yang memberi kesan besar kepada dirinya.

Menurut Dazrin, tempoh sukar itu berlaku sekitar tahun 2013 hingga 2015 dan menjadi antara sebab dia menjauhkan diri daripada dunia lakonan buat seketika.

Advertisement

Katanya, ketika itu dia berdepan pelbagai masalah termasuk pergolakan hubungan peribadi, tekanan emosi dan tawaran kerja yang semakin perlahan.

“Semua benda berlaku serentak. Bila hati tak tenang, disiplin pun hilang. Saya rasa kalau saya teruskan berlakon, saya cuma akan menyusahkan orang lain sebab saya sendiri bertarung dengan diri sendiri,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Dazrin turut berkongsi satu pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan apabila dia terpaksa mengorek tabung dan menggunakan duit syiling sebanyak RM50 untuk mengisi minyak kenderaannya.

Advertisement

Malah, dia mengakui terpaksa memberi alasan kepada pekerja stesen minyak bagi menutup rasa malu kerana tidak mempunyai wang kertas.

“Saya sampai korek tabung duit RM50 untuk isi minyak. Untuk tutup malu, saya cakap kat Petronas yang mereka mahukan duit syiling. Sampai tahap macam itu. Saya sangat ‘down’ ketika itu.

“Saya salahkan semua dan akhirnya saya terima serta percaya yang Allah ada. Saya terima sisi kegelapan diri saya. Mungkin untuk bersihkan diri. Yelah, kita budak muda, balik Malaysia terus masuk dunia lakonan dan tawaran lakonan sangat banyak,” ujarnya.

Dazrin turut menepis tanggapan segelintir pihak yang menganggap hidupnya sentiasa mudah kerana berasal daripada keluarga berada dan merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Katanya, dia tidak mahu bergantung kepada kemewahan ibu bapanya dan lebih selesa membuktikan kemampuan diri melalui usaha sendiri.

“Orang selalu ingat saya satu-satunya anak lelaki yang buatkan ibu bapa saya mahu manjakan saya. Sebab saya anak tunggal, saya tidak mahu mereka memanjakan saya. Apa yang saya nak, saya akan buktikan pada mereka yang saya berhak untuk dapat perkara itu,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

KINGDAFA Ethnic Style Ice Silk Men Underwear Plus Size L-6XL Breathable Cool Feeling Boxer Lelaki Seluar Dalam Lelaki Spender Lelaki 男生内裤 内裤男 男生内裤 冰丝内裤

KINGDAFA Ethnic Style Ice Silk Men Underwear Plus Size L-6XL Breathable Cool Feeling Boxer Lelaki Seluar Dalam Lelaki Spender Lelaki 男生内裤 内裤男 男生内裤 冰丝内裤

American Retro Striped Stitching Casual Pants Men's Loose Straight Wide-Leg Street Wear Casual Pants Seluar Baggy Pants

American Retro Striped Stitching Casual Pants Men's Loose Straight Wide-Leg Street Wear Casual Pants Seluar Baggy Pants

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

Must Watch Video

Advertisement