Anak sulung kepada Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidress sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dilihat bergaduh mulut bersama ibunya mengenai umur sebenar Anzalna.
Menerusi satu potongan video yang dikongsikan oleh pengguna Threads, Anzalna mengakui dirinya baru mencecah usia 22 tahun dan masih kelihatan muda.
Namun, apa yang lebih menghiburkan apabila Eidress menafikan kata-kata Anzalna sambil berkongsi umur sebenarnya.
Katanya lagi, riasan bedak di wajahnya yang membuatkan aktres drama Memori Cinta Suraya itu kelihatan muda dari umurnya.
"Mama tipu. Mama 38 tahun. Tak baik tipu. Mama saya pakai bedak, sebab itu nampak muda," ujar Eidress.
Sekadar info, Anzalna Nasir mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emre.