Demam Cicak versi Leona nampaknya masih belum reda apabila kali ini bukan sahaja nyanyiannya yang jadi sebutan, malah kasut ribuan ringgit yang dipakainya turut menjadi perhatian netizen.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, individu tersebut meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui harga kasut yang dipakai oleh anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu.
Advertisement
“Tersembur weh tengok harga kasut Leona pakai. Sebulan gaji aku tu,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak ketinggalan cuba menjejak harga sebenar kasut tersebut dan terkejut apabila mengetahui nilainya.
“Mahalnya dekat Shopee sampai RM1,900.
“Wow pink. Saya punya warna ombre tapi dalam RM700 lebih. Ini lagi mahal.
“DC ni memang mahal,” komen mereka.
Untuk rekod, sebelum ini Leona pernah tular selepas mendendangkan lagu dikir barat berjudul Cicak yang kini menjadi fenomena di media sosial menerusi Program Sarung Music Run di ibu kota.