Skip to main content

Selebriti

Dengan Sekali Lafaz, Pablo Amirul & Dr Hana Kini Sah Suami Isteri

Pablo kahwin

Sekilas

  • Pelakon Pablo Amirul sah bergelar suami kepada pakar estetik Dr Hana Rose dalam majlis pernikahan yang berlangsung di The Dove Hall, Kuala Lumpur.
  • Majlis akad nikah disempurnakan oleh jurunikah Ustaz Syed Abdullah dengan kehadiran keluarga, rakan artis dan media sebagai saksi.
  • Pablo menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM800, seperangkap alat solat dan cincin berlian, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pelakon, Pablo Amirul kini sah bergelar suami kepada pakar estetik, Dr Hana Rose dengan sekali lafaz pada pukul 12.30 tengah hari Isnin.

Pasangan itu dinikahkan bapa Dr Hana sebagai wali Datuk Seri Dr Hasrul Sani, jurunikah Ustaz Syed Abdullah dengan disaksikan oleh abang kepada Dr Hana Datuk Dr Awang Faisal.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di The Dove Hall Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ketika akad berlangsung, Pablo kelihatan segak dan tenang dalam busana pengantin serba putih.

Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, menyerahkan wang tunai sebanyak RM800,  seperangkap alat solat dan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.  

Majlis turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ellie Suriaty dan Chacha Maembong.

Sebelum ini, Pablo memberitahu keputusan untuk bernikah dibuat secara singkat kerana enggan menangguhkan perkara baik.

Pada April tahun lalu, Pablo memaklumkan dia kini sedang hangat bercinta dengan pakar estetik dikenali sebagai Dr Hana Rose.

Menurut aktor berkenaan, hubungan mereka sudah mendapat restu keluarga dan enggan menunggu masa terlalu lama bercinta.

Must-Watch Video

Advertisement