Skip to main content

Berita

Derma Mata, Tulang & Buah Pinggang, Allahyarham Amirrulmukminin Terima ‘Walk Of Honour’

Amirrulmukminin

Sekilas

  • Video tular di TikTok memaparkan jenazah Allahyarham Amirrulmukminin menerima penghormatan terakhir selepas keluarganya menunaikan hasrat murni menderma organ.
  • Hanya bahagian mata, tulang, dan buah pinggang arwah yang sesuai didermakan selepas pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
  • Keluarga reda dan bersyukur kerana hasrat arwah yang pernah disuarakan semasa belajar di UiTM Seri Iskandar akhirnya terlaksana.

Di TikTok, tular satu video menyahat hati memaparkan jenazah seorang pemuda dikenali sebagai Allahyarham Amirrulmukminin bin Mohd Zain menerima ‘walk of honor’ daripada beberapa staf perubatan di sebuah hospital.

Difahamkan, Allahyarham menerima penghormatan terakhir itu selepas keluarga menunaikan permintaannya yang mahu mendermakan organ sekiranya meninggal dunia.

Menurut bapa kepada Amirrulmukminin iaitu Mohd. Zain Daud, dia bersyukur kerana hasrat arwah sudah ditunaikan dan berharap agar ia menjadi saham akhirat buat anaknya.

“Arwah menjalani pembedahan derma organnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Sabtu lalu.

“Hanya bahagian mata, tulang dan buah pinggang Amirrulmukminin yang sesuai untuk didermakan.

“Semoga ia menjadi amal jariah dan saham buat arwah di akhirat kelak,” katanya.

Tambah Mohd. Zain yang merupakan pesara polis, dia dan keluarga reda serta sepakat menunaikan permintaan arwah.

Ujarnya, hasrar murni itu hanya diketahui selepas salah seorang kakak kepada Amirrulmukminin menjumpaj kad ikrar penderma organ di dalam dompetnya.

“Ahli keluarga membuat pemeriksaan sebelum mendapati ada kad tersebut di dalam dompetnya.

“Allahyarham Amirrulmukminin pernah menyuarakan hasrat itu semasa mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Perak.

“Kami pada awalnya ingat ia satu gurauan dan tidak sangka ikrar tersebut benar,’’ ujarnya.

Sekadar info, Amirrulmukminin terlibat dalam nahas di Lebuh Raya Pantai Timur 2, Kemaman, Terengganu kira-kira pukul 7 pagi pada 25 Di­sember.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas lapan hari bertarung nyawa di HSNZ.

Sumber: TikTok, Kosmo

Must-Watch Video

Advertisement