Skip to main content

Antarabangsa

"Dia Gelar Saya Bod*h Hanya Kerana..." - Miss Universe Mexico 'Angkat Kaki', Pengarah Thailand Dikenakan Tindakan

Miss Universe Voice Out

Pengarah Miss Universe Thailand, Nawat Itsaragrisil telah disekat dari mengambil bahagian dalam program yang berkaitan dengan Pertandingan Miss Universe tahun ini selepas bertindak menegur peserta secara keterlaluan ketika siaran langsung pada Selasa lepas.

Nawat secara terbuka memanggil Miss Universe Mexico, Fatima Bosch, sebagai “bodoh” kerana didakwa mengikut nasihat pengarah negaranya untuk tidak memuat naik bahan promosi mengenai negara Thailand.

Advertisement

Susulan dari penghinaan itu, Fatima bertindak keluar dari bilik berkenaan, sekali gus mendorong peserta lain turut meninggalkan majlis berkenaan.

Mengulas kejadian itu, Fatima meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan pengarah berkenaan yang dianggap biadab hanya kerana mempunyai masalah dengan organisasi.

"Saya sayang akan Thailand. Saya menghormati semua orang. Kalian adalah orang yang sangat hebat. Namun, apa yang pengarah cakap adalah sangat kurang ajar. Dia gelar saya bodoh hanya kerana dia ada masalah dengan organisasi.

"Saya rasa ianya tidak adil. Saya tak cari fasal dengan sesiapa. Saya cuba untuk berbuat baik dan cuba yang terbaik tetapi dia terus buat saya seperti ini," katanya.

Fatima turut menegaskan bahawa pertandingan itu sepatutnya menjadi medium untuk wanita bersuara dan tidak ada sesiapa yang boleh menyekat mereka.

"Saya rasa seluruh dunia perlu lihat ini sebab kami ialah wanita yang kuat dan yakin dengan diri sendiri. Ini adalah platform untuk kami menyuarakan suara dan tiada sesiapa yang boleh buat kami diam. Tiada siapa boleh buat seperti itu pada saya," ujarnya.

Dalam masa sama, Fatima menitipkan pesanan kepada semua wanita agar tidak mengorbankan maruah demi mencapai impian.

"Kepada wanita di luar sana, jika kamu ada impian besar sekalipun tetapi menjejaskan maruah awak, awak perlu pergi dari tempat tersebut," jelasnya.

Must-Watch Video

Advertisement