Berita
"Dia Mak Kau, Nak Cari Mak Lain Ke?" - Netizen Marah Ismail Izzani Tulis 'Never Cheated On Her'
Perkongsian penyanyi muda Ismail Izzani di ruangan Twitternya mengundang perasaan jelik dalam kalangan netizen.
Menerusi kapsyen Ismail, 17, di Twitter, dia menulis secara ironi tidak akan pernah membohongi ibunya.
"Never cheated on her," tulis Ismail dalam sekeping foto di karpet merah Anugerah MeleTOP Era (AME2018) baru-baru ini.
- Never cheated on her. pic.twitter.com/1kMjk5uzW8— IsmailIzzani (@ismail_izzani) April 8, 2018
Namun, hal itu mencetuskan pelbagai reaksi kurang senang netizen hingga ada yang mengaitkan sikapnya yang curang sebanyak enam kali dengan bekas kekasih.
"Memanglah, dia tu mak kau. Kau nak cari mak lain ke?" soal salah seorang netizen secara sarkastik.
"Ada ke orang 'cheated on their own mom'?" soal salah seorang pengguna lain.memanglah. dia tu mak kau. kau nak cari mak lain ke https://t.co/0eSO4hfyry— hi my name is farisa (@hxppygolucky) April 10, 2018
"Jangan babitkan ibu anda dalam situasi dengan gadis-gadis lain sebab ibu satu-satunya insan yang akan ada bersama anda," tambah @_fareenaziz.
Bagaimanapun, tidak semua netizen menyelar kenyataan yang ditulis Ismail.please dont put your mom situation with the another girls okay bcs your mom is always there for you— fareen (@_fareenaziz) April 9, 2018
"Mungkin adik ini nak bagi kenyataan 'jangan tipu-tipu mak'," tulis @KyraCinta.
"Maksudnya dia takkan menipu ibunya dalam usaha untuk tidak melukai hati. Sepatutnya dia tulis 'have never cheated on her' atau dia mahu tulis 'never cheat on her,'" tambah @ainin_farisya.Maybe adik ni nak bg statement “jangan tipu2 mak” ?— CintaKyra (@KyraCinta) April 9, 2018
Maybe he meant that he would never ‘cheat’ on his mom as in he would never break her heart. The correct caption should’ve been “have never cheated on her” or he wanted to write “never cheat on her”? ??♀️
— Ainin Farisya (@ainin_farisya) April 10, 2018
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
Must-Watch Video