Skip to main content

Selebriti

“Dia Memang Seorang Yang Sentimental…” - Siti Nurhaliza Tak Sangka Pengurus Masih Simpan Surat Dari Mendiang Chester Bennington

“Dia Memang Seorang Yang Sentimental…” - Siti Nurhaliza Tak Sangka Pengurus Masih Simpan Surat Dari Mendiang Chester Bennington

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa surat daripada mendiang Chester Bennington yang dikongsi oleh pengurusnya, Rozi Abd Razak, adalah kenangan yang disimpan sejak 21 tahun lalu.
  • Rozi memang seorang yang suka menyimpan segala barang berkaitan Siti sebagai kenangan untuk generasi akan datang.
  • Siti menerima surat dan topi daripada Chester tetapi tidak berpeluang berinteraksi secara langsung dengannya ketika itu.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan mengenai perkongsian pengurusnya, Rozi Abd Razak yang memuat naik surat daripada vokalis Linkin Park, mendiang Chester Bennington yang diterimanya kira-kira 21 tahun yang lepas.

Menurut Siti, pengurusnya itu seorang yang amat suka menyimpan setiap barang dan perkara yang berkaitan dengannya untuk dijadikan kenangan.

Advertisement

“Itu kenangan. Saya tak sangka surat itu masih disimpan Kak Rozi. Kak Rozi memang seorang yang suka simpan semua benda mengenai diri saya. Kadang-kadang lirik lagu yang saya conteng, dia akan simpan.

“Dia memang seorang yang sentimental. Dia tahu ia akan jadi simpanan dan galeri untuk generasi anak-anak saya. Kita pernah cakap tetapi tak pernah tunjuk surat itu,” katanya kepada Gempak.

Siti berkata demikian ketika menghadiri majlis perasmian AFFIN LuminouSITI Visa Debit Card di Menara Affin TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.

Advertisement

Mengulas mengenai surat berkenaan, pelantun lagu Cindai itu berkata dia hanya menerima surat tersebut dan tidak berkesempatan untuk berinteraksi bersama Chester.

Katanya, dia juga tidak dapat memakai topi yang diberikan kerana tidak sesuai dengan penampilan persembahannya ketika itu.

“Bila dia kemas rumah, itu dia jumpa. Dia suruh saya pakai topi. Tetapi ketika itu saya tak pakai sebab saya pakai kebaya. Kami tidak ada berkomunikasi, cuma dia hantar surat itu sahaja. Semasa program itu, saya nampak dari jauh-jauh sahaja,” katanya.

Terdahulu, Rozi berkongsi semula surat lama yang diterima Siti daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington sekitar 21 tahun yang lalu.

Perkongsian itu sekali gus mengimbau kembali kenangan lama Siti bersama mendiang Chester yang kemudiannya menghembuskan nafas terakhir pada 2017.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement